Entertainment
“Beza sangat dengan kita terjumpa kat tmg dulu, dulu mmg nmpk serabutnya” – Komen Netizen

Kalau beberapa ketika lalu ramai mengakui terserempak dengan bekas model Zahnita di sesuatu lokasi, pasti masih ingat imejnya yang cukup berbeza – wajah kelihatan kusut, pakaian bersahaja, malah ada yang kata langsung tidak mencerminkan seorang model antarabangsa. Ramai waktu itu terkedu, “eh ni betul ke Zahnita yang dulu pernah gegarkan pentas fesyen Paris dan Milan?” Pun begitu, berbeza 360 darjah dengan apa yang tular baru-baru ini. Zahnita kembali menonjolkan sisi glamor seorang supermodel – lengkap dengan turban simple kemas, dress moden elegan, serta gaya catwalk penuh yakin. Sekali pandang, aura antarabangsa yang pernah mengangkat namanya dulu benar-benar muncul semula.
Ramai netizen mengakui, penampilan Zahnita kali ini bagaikan “comeback” yang tidak disangka. Kalau dulu wajahnya tampak muram dan suram, kini jelas sinar yakin dan karisma wanita tabah terpancar.
Untuk yang mungkin terlupa, Zahnita pernah berdepan fasa getir selepas perkahwinannya dengan bekas suami gagal dipertahankan. Kisah rumah tangga itu menjadi bualan hangat, dan ramai tidak percaya seorang model berjaya boleh jatuh sehingga kelihatan begitu serabut.
Ketika itu, ada yang mendakwa Zahnita seolah-olah “hilang arah” dalam hidup. Dari dunia glamor pentas peragaan, dia tiba-tiba menjadi tumpuan kerana keadaan dirinya yang jauh daripada bayangan seorang ikon fesyen.
Namun kini, perubahan dirinya buat ramai kagum. Dengan gaya yang lebih matang, tersusun dan berkeyakinan, Zahnita membuktikan bahawa wanita juga mampu bangkit walaupun pernah melalui episod paling gelap dalam hidup.
Difahamkan, Zahnita kini lebih memberi tumpuan kepada keluarga serta anak-anak hasil perkahwinannya dulu. Walaupun pernah kecundang dalam rumah tangga, dia tidak pernah berhenti berjuang untuk membina kehidupan baru.
Bagi netizen yang mengikuti perjalanannya sejak awal, imej Zahnita terkini memberi inspirasi bahawa jatuh bangun seorang wanita bukanlah noktah terakhir, sebaliknya titik mula kebangkitan.
Ramai menitipkan doa agar Zahnita terus istiqamah, kekal kuat demi anak-anak, serta kembali mengukuhkan kedudukan sebagai ikon fesyen Malaysia yang pernah disegani.
“Beza sgt dengan kita terjumpa kat tmg dulu. Dulu mmg nmpk serabutnya…” kata seorang netizen.
“Kalau tengok dulu memang macam susah nak percaya itu Zahnita. Tapi sekarang, wow… she’s back. Semoga terus kuat,” komen seorang lagi.
Sumber: IG Zahnita
-
Entertainment1 year ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment4 months ago
“Arwah adik saya memang tak pernah jumpa Wani, Kami kenal Wani pun masa dia dah takde” – Kakak Mustaqim
-
Entertainment2 years ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment2 years ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen