Connect with us

Entertainment

“Bila mak mak berucap anak datang, mujur tak jerit Afwa anak ibu” – Netizen

Published

on

Lazimnya apabila diadakan sesuatu majlis yang dihadiri ramai jemputan tentulah bukan sahaja ibu bapa, tetapi anak-anak akan diingatkan untuk ‘menjaga diri’. Apatah lagi seseorang itu tersohor dikenali ramai seperti art1s kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

Begitupun tingkah dua anaknya di satu majlis baru-baru ini mengundang perhatian dan respons netizen. Ada yang tak menyangka, begitupun ramai juga yang masih ‘boleh diterima’.

Masakan tidak, lihat saj4lah gelagat anak sulung Siti atau Tokti, Siti Aafiyah, 6, dan adiknya, Muhammad Afwa, 3, ini… Adehlah… Ramai juga yang geram…

Selamba betul Aafiyah bergoyang-goyang badan keseronokan di tepi pentas, manakala Afwa berjalan-jalan di samping Tokti dan menarik-narik baju ibunya itu.

Agak mencuit hati apabila gelagat mereka itu dilakukan ketika Tokti sedang sibuk berucap di pentas untuk pemberian sumbangan Ramadan. Comel…

Apapun biasalah… Rupanya ada juga mempertikaikan mengapa pengasuh tidak menjaga sebentar dan membiarkan anak Tokti begitu.

@cteafairuz

Hahhaha geram sungguh dengan anak @Siti Nurhaliza ni! Hahahahah #sitinurhaliza #afwa #aafiyah #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam pada itu tak kurang juga menyifatkan majlis itu anjuran pihak ibunya, justeru tiada masalah untuk anaknya ‘lebih bebas’. Macam-macam ya….

“Hanya anak boss je mampu buat camni”, “Betul² macam rumah depa buat”, “Rileks je tokti…xmarah pun anak2 dia…penyayang”.

“Selagi masih kanak2btk kira ank orng popular tetap buat.ragam ha ha”, “Kenapa x jaga sementara menganggu majlis”, “Nanti ada la bitter ckp x kawal anak hormat majlis”.

Itu antara komen netizen… Apapun sudah pasti Tokti tahu bagaimana untuk mengawal anak-anaknya. Afwa merengek kat sebelah pun ‘majlis jalan’.

Ramai juga melihat Aafiyah dan Afwa masih kanak-kanak justeru biarkan saja mereka melalui fasa itu seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Sumber: TikTok cteafairuz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending