Connect with us

Entertainment

“Bila pengambaran dah siap tapi model buat hal, terpaksa kabur hahaha”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 2b07b88054d895ece19247eb3364ef72

Beberapa hari yang lalu, pelakon Ruhainies mencetuskan kontr0versi apabila beliau di dakwa telah di tangkap khalwat bersama seorang pelakon dan penyanyi lelaki popular yang berstatus suami kepada rakan baiknya sendiri.

Ekoran kontroversi berkenaan, ramai netizen yang masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada beliau kerana mahukan penjelasan terhadap perkara yang telahpun terjadi.

Kontroversi tersebut menjadi buah mulut orang ramai memandangkan beliau dan pelakon lelaki tersebut masih lagi menjalani penggambaran seperti biasa tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Mediapuyu.com C1c8a18f65d3307fabf49ca2ac48fedc

Namun harini, Ruhainies dan pelakon lelaki tersebut telahpun memberikan kenyataan rasmi mereka berhubung kejadian sebenar yang berlaku pada hari mereka di tangkap khalwat.

Kenyataan yang di berikan oleh pasangan pelakon filem Terjerat itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai lagi spekulasi lain kerana netizen tidak berpuas hati dengan alasan yang di berikan oleh mereka.

Mediapuyu.com Cf04284c67c3d9a03618d7b84b93c38a

Menerusi satu perkongsian terbaru di tiktok Gempak, satu video di kongsikan mengenai iklan terbaru produk jenama Kitsui yang membuat keputvsan untuk mengaburkan wajah Ruhainies yang turut menjadi duta dan model bagi jenama berkenaan.

Iklan berkenaan pada asalnya menampilkan penyanyi Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan juga Ruhainies sebagai model produk telah membuat ucapan untuk menyambut bulan Ramadhan kepada umat islam di samping mempromosikan minuman kesihatan berkenaan.

@astrogempak

Jenama ini kaburkan wajah Ruhainies? 📹: Kitsui Malaysia #GempakKongsi

♬ original sound – Gempak – Gempak

Namun begitu, di sebabkan kontroversi hangat yang sedang melanda pelakon Ruhainies pada masa kini, produk berkenaan bertindak untuk mengaburkan wajah Ruhainies demi mengelakkan kecaman netizen.

Produk tersebut juga turut menjelaskan pendirian mereka untuk tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau kontroversi. Malahan turut menjelaskan bahawa video pendek berkenaan adalah untuk tujuan promosi dan hiburan semata-mata.

Mediapuyu.com 2116581f8a0e5b4ad9e0eface1d31e89

Meninjau ke bahagian komen perkongsian video berkenaan, rata- rata netizen menyokong tindakan tegas pihak jenama Kitsui Malaysia yang mengaburkan wajah Ruhainies serta pendirian tegas mereka yang tidak menyokong mana- mana pihak yang berkelakuan buruk terutamanya yang membabitkan duta produk mereka.

Meskipun wajah Ruhainies sudah di kaburkan di dalam iklan promosi berkenaan namun nama pelakon wanita tersebut jelas terpampang di dalam iklan menyebabkan netizen mengetahui bahawa Ruhainies merupakan salah seorang duta produk Kitsui.

Mediapuyu.com 0dd3b4d82c4ad54f0ac15b2e8b250d70

Tindakan jenama Kitsui itu telah di sambut baik oleh netizen memandangkan kontroversi yang sedang melanda pelakon wanita itu kini membuatkan netizen kurang senang dengan mana-mana produk yang menampilkan Ruhainies sebagai duta mereka.

Netizen juga bertindak mahu memboikot mana-mana jenama yang masih mahu menampilkan pelakon wanita berkenan sebagai duta atau model sebagai tindak balas terhadap kontroversi yang tercetus melibatkan pelakon drama ‘Cukup Derita Itu’

Walaupun ada segelintir netizen yang merasa kasihan kerana wajah Ruhainies di kaburkan namun masih ramai yang menyokong dengan tindakan tersebut. Berikut di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.

Mediapuyu.com 118f35d85601f724ebfebde1cfe6e3db

Ramai yang memuji tindakan tegas jenama dan pengarah drama yang kini semakin tegas serta membuka mata mereka terhadap kelakuan buruk melibatkan mana-mana artis dan pelakon di dalam industri hiburan.

Semoga peringatan dan langkah yang di ambil oleh jenama Kitsui ini menjadi tanda aras kepada para duta dan model produk yang lain agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang akan mencalarkan nama baik mereka sendiri sebagai pelakon dan orang yang di kenali di dalam industri hiburan.

Sumber: tiktok gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!