Entertainment
“Boleh pulak si Andi tanya nama Ex Sarah tu, adoi hahaha”- Netizen
Selepas melalui kemelut rumahtangga yang berpanjangan, pada 14 Jun yang lalu pelakon dan usahawan Puteri Sarah Liyana akhirnya sah berc3rai dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof. Kepuutusan itu di buat memandangkan beliau dan bekas suaminya itu sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Lebih mengagumkan hubungan antara Puteri Sarah dan keluarga mentuanya juga kekal baik sehingga kini.
Puteri Sarah juga mendedahkan bahawa buat masa ini dia masih belum berfikir untuk mencari pengganti kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof. Kehidupannya kini juga lebih tertumpu kepada kerjaya serta mencari duit untuk membesarkan dua orang anaknya,
Baru- baru ini desas desus bertebaran apabila Puteri Sarah memuatnaik tangan seorang lelaki di instastorynya. Hantaran tersebut membuatkan para peminat tertanya- tanya mengenai lelaki yang kini sedang rapat dengan pelakon berkenaan.
Untuk mengelakkan spekulasi yang berpanjangan, Puteri Sarah mendedahkan tangan berkenaan milik pelakon lelaki Indonesia yang kini menjadi rakan kongsi dan menjalankan perniagaan bersama beliau.
Puteri Sarah juga menafikan mengenai kontroversi yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon seberang yang juga merupakan rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman.
Tambah Sarah lagi, dia selesa berkawan dengan Andi namun hubungan itu tidak lebih daripada kawan, selain mengakui mula mengenali Andi sewaktu kerap ke Jakarta sebelum ini.
Menerusi satu perkongsian terbaru di tiktok peminat Puteri Sarah, sesi siaran langsung Puteri Sarah bersama Andi malam tadi telah di kongsikan semula buat tatapan para peminat Puteri Sarah.
Salah satu sedutan siaran langsung yang di kongsikan itu memaparkan gelagat mesra pasangan ini yang saling bergurau senda ketika menjawab pelbagai soalan daripada para peminat masing- masing.
@wanitamatahari Sweet malam ni yeee 😍🩷 #puterisarah #puterisarahliyana #andiarsyil #foryou #fyp #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾
Antara soalan yang menjadi sorotan ketika sesi siaran langsung itu apabila peminat bertanyakan soalan mengenai suami Puteri Sarah.
Puteri Sarah kemudiannya di lihat mengeluh apabila di tanyakan soalan mengenai suami. Namun Puteri Sarah secara spontan membuat isyarat tangan yang menunjuk kepada Andi.
Mengintai ke ruangan komen pula, sesi siaran langsung tersebut membuatkan Netizen berasa agak teruja dan gembira dengan perkembangan terbaru Puteri Sarah.
Ramai yang mendoakan supaya Puteri Sarah berjodohan dengan pelakon dan usahawan daripada Indonesia itu. Netizen juga mendoakan Puteri Sarah beroleh kebahagiaan selepas berdepan dengan kemelut rumahtangga yang panjang sebelum ini. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil kepuutusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: tiktok wanitamatahari
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen