Entertainment
“Buat hal eh” – Puteri Sarah
Baharu mengumumkan perpisahannya secara rasmi dengan bekas suami, pelakon, Farid Kamil beberapa hari lalu, hari ini aktres, Diana Danielle dilihat tampil berpegangan tangan dengan ‘insan lain’ pula.
Beberapa keping gambarnya yang ‘mengundang’ itu hari ini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Takkanlah terlalu cepat Diana nak ‘propa’ hinggakan rakan artis juga ‘menegurnya’?
Bagi umat islam pastinya maklum akan tempoh edah wanita baharu berpisah mengambil masa tiga bulan. Begitupun bukan saja aksi Diana berpegangan tangan itu menarik perhatian, gaya penampilannya juga dipersoalkan.
Kata netizen busana tanpa lengannya itu tampak ‘daring’ dan kurang manis dengan situasi statusnya buat masa ini. Sekali pun hanya bercanda menampakkan dirinya sudah ada pengganti, ia dikatakan tak kena gaya berbuat demikian.
Sama ada turut sedar ‘usikan’ Diana itu yang menyertakan kapsyen di statusnya bahawa dirinya sedang ‘berdating’, rakan artis, pelakon juga sedang hangat, Puteri Sarah juga menegur ‘Buat hal eh…’ di ruangan komen.
Sama ada Sarah memaksudkan yang Diana hanya bergurau atau sebaliknya, hanya dia yang tahu. Yang pasti tentunya sebagai rakan juga baharu bergelar ibu tunggal dan baharu berpisah, Sarah memahami apa dirasakan Diana kan…
“jaga iddah,kita ni org islam.”, “Bila tgk komen ni rupanya ramai lg wanita melayu islam tak faham apa itu iddah..”, “Sibuk je iddah, sape iddah? Dia diana lah”, “Kelakar yg komen pasal pakaian dia. Dia memang pakai camtu pun dari dulu.”
“bncinya tengok komen ‘menegur’ konon,”, “Janda berhias..untung la siapa dapat D.”, “Subhanallah cantiknyaaa macam anak dara”, “Jaga iddah yee kak Diana… Kita ni orang islam..…”, “Sedih bce komen yg tk phm psl iddah..buat main pulak.”.
Itu antara komen netizen. Alahai ramai pula bergadoh dalam kalangan netizen di ruangan komen hantaran Diana itu dibuatnya. Tak kurang yang sedih apabila membaca di ruangan komen bila ramai netizen tak faham maksud iddah.
Ada juga yang berasakan apa dilakukan Diana dan penampilannya itu adalah soal peribadinya dan berharap netizen tak terlalu ‘pembaris’ kerana apa dikongsikan aktres berbakat itu hanya konten untuk medsosnya.
Apa pun, Diana pun banyak pengikut, diharap dia lebih sensitif dengan apa dikongsikannya terutama di medsos agar tak mengundang tanggapan negatif peminat dan pengikutnya hingga bertikaam lidah pula di situ.
Sumber: IG Diana Danielle
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen