Connect with us

Entertainment

“Cantik, pastu nampak baby tndang2” – Netizen

Published

on

Jika lelaki mendirikan rumah tangga dengan wanita jauh lebih muda, ia dianggap perkara biasa. Begitupun kalau sebaliknya ramai pula yang ragu-ragu akan ‘masa depan’ pasangan tersebut meskipun kehidupan mereka tak ‘mengusik’ langsung orang lain. Pun begitu, pasangan serasi ini biarpun berbeza usia 17 tahun berjaya membuktikan cinta sejati mereka.

Hasil perkahwinan kini selebriti, Intan Ladyana dan suami, Harris bakal menimang cahaya mata kedua tidak berapa lama lagi. Lihat saj4lah video hantaran dikongsikan pelakon ini.

Nampak ceria dan bahagia sungguh wajah Intan. Naik seri ibu mengandung. Betul-betul Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Aliff Nor Rashidi membahagiakan Intan.

Netizen pun tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini biarpun jurang usia agak luas antara mereka.

Dalam berkongsi khabar terbaharu tentang kandungannya itu, menarik pula apa yang tertancap pada mata netizen dalam video dikongsikan Intan ini.

Kata mereka kelihatan penampakan bayi dalam perut Intan seakan sedang menendang manja. Wah… Taajam sungguh mana netizen ni. Dalam perut pun boleh ‘tembus’.

@aztalentagency

MashaAllah Comelnya Babybump🥰😍 #intanladyana #foryou #fyp #foryourpage #fypage #fypp #fyp

♬ Menggenggam Bahagia – Chorus – Sufian Suhaimi

“Aku sorang je ke nampak baby k1ck dalm ni..Ya Allah rindunya moments yang macam ni”, “Cantik, pastu nmpk baby k1cking”, “Aah nmpak fokus tepi perut nmpk baby k1ck”.

“Nampak dia grak , rindunya moment tu”, “Taajam nya mata awk. lepas bby k1ck, dia terus urut perut”, “Walau suami dia muda, nmpak cerminan yg baik dr suami dia.. semoga jodoh kekal hingga ke jannah..”.

Itu antara komen netizen. Kata mereka nampak momen ‘baby k1cking’ itu semasa Intan menarik tangannya ke belakang dari sebelah tepi. Huh… Hebat netizen..

Intan Ladyana dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 31 Januari 2022.

Ramai juga yang mendoakan Intan selamat melahirkan nanti. Moga pasangan ini bahagia selalu hingga ke jannah bersama keluarga kecil mereka. Haris pun nampak matang sangat…

Sumber: TikTok Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending