Connect with us

Entertainment

“Cantik pengantin, cantiknya isteri Ally Iskandar” – Netizen

Published

on

Beruntungnya Farah Lee kerana memiliki ramai bilangan keluarga, meskipun telah berpisah akan tetapi maaih berhubungan baik dengan bekas suami demi anak. Rata-rata semua tahu akan hubungan baiknya dengan Ally Iskandar. Jika sebelum ini Ally tidak hadir adalah kerana bertugas akan tetapi pelawaan yang kali kedua hadir kerana dekat dan kebetulan beliau tidak mempunyai kerja pada masa yang sama.

Di bual bicara soal pendapatnya pada suami baharu Farah Lee, dijawab ringkas dan matang jawapan yang diberi. Orangnya juga sesuai dengan Farah malah baik untuk menjadi papa baharu buat anak mereka juga.

Ramai yang menyukai perhubungan mereka walaupun telah berpisah akan tetapi tetap bersahabat baik. Malah boleh juga mengakui bahawa suami baharu Farah Lee adalah keluarga baharu buat Ally, dan beliau juga suka akan suami baharu Farah Lee.

Farah Lee dan Ally sebelum ini pun memang baik-baik sahaja perhubungan dan kini Farah mengatakan barulah adil kerana dua dua sudah berkahwin baru.

Namun mereka tidak abaikan anak bahkan memberikan kebahagiaan baru untuk anak mereka kerana miliki kedua orang tua lagi.

Jika sebelum ini Farah mahu berkahwin dengan lelaki korea akan tetapi rupanya jodoh beliau adalah hanya di sebelah kampung rupanya. Beliau sendiri terkejvt dengan kepvtusan untuk berkahwin akan tetapi beliau percaya jodoh keduanya itu.

@farahlee.fl

The Reception Farah and Fuad #farahlee #fuadhashim #ommaream

♬ original sound – Farah Lee – Farah Lee

Ally juga seorang ayah yang bagus kerana tidak menjadikan anak sebagai mangs4, malah saling berbaik dengan bekas pasangan dan sehingga kini, bekas pasangan berkahwin pun turut hadir. Sanggup hadir untuk meraikan juga majlis bersama.

Alhamdulilah syukur kepada kedua pasangan ini telah mendapat jodoh yang baik dan perhubungan antara bekas pasangan pun turut dijaga demi anak yang perlu dibesarkan bersama-sama agar mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Pelbagai komen yang diberikan pada perkongsian ini dan juga ramai yang mengatakan bahawa Ally sangat bagus dan matang dalam perhubungan bahkan mereka masih menjadi kawan baik meskipun telah berpisah. Lihat komen kebanyakan mengatakan Ally orangnya baik dan bagus.

Manakala di ruangan komen di fb sinarplus pula mengatakan yang pengantin dan isteri Ally sekarang kedua-duanya cantik. Untung Ally pernah berkahwin dengan perempuan yang cantik.

Didalam perhubungan meskipun telah berpisah sepatutnya beginilah contoh yang baik, perlu menjadi kawan baik dan besarkan anak bersama meskipun masing-masing ada kehidupan baru. Bagus Ally dengan Farah Lee ini.

Sumber: tiktok Farah Lee

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending