Connect with us

Entertainment

“Cantik sgt baju Nabila ni, mcm kawan2 je anak dia cakap dgn mak dia” – Netizen

Published

on

Membesarkan dan mendidik seorang anak pun bukanlah mudah bagi memastikannya berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan di sana. Seorang ibu pasti melakukan apa sahaja bagi memastikan anaknya mendapat kehidupan yang bahagia. Sudah tentu itu jualah yang diharapkan aktres berbakat besar yang juga anak kepada penyanyi rock popular bernama Nabila Huda ini.

Lihat saj4lah perkongsian Nabila ketika bersama anak tunggal kesayangannya, Kesha Laila ini. Jelas kebahagiaan tergambar pada wajah gadis baru berusia 15 tahun itu.

Sampaikan netizen pun ramai bersetuju mereka berdua dah nampak macam kawan-kawan apatah lagi mendengar cara anak-beranak ini berkomunikasi satu sama lain.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”, “Srnk tgk hubungan dgn ank dia..mcm kwn je”, “Sy suka Nabila ni, minat sgt dia orgnya natural sangat”.

“Bonding yg baik anak n emak”, “Anak beranak bestnya”, “Mcm kwn2 je ank die ckp ngn mak die.. Awk jgn mcm2”,”Comey ank beranak ne”, “Happy tngok orang bahagia”, “Anak da besar comel”.

@n4bilahuda

Abil Buat Hal Lagi 🤣😂 #nabilahuda #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage

♬ original sound – n4bilahuda – n4bilahuda

Itu antara komen netizen di ruangan hantaran status yang dikongsikan di TikTok. Dipercayai Nabila atau mesra dipanggil Abil ini dan anaknya ketika ini berada di luar negara.

Sepertinya sedang berada bersama di Thailand kemungkinan pergi bercuti. Terlihat kedua beranak ini gembira bersama sambil membeli makanan. Terpancar keceriaan keduanya.

Dalam pada itu, pastinya ramai yang sayang Abil, tak kurang yang mendoakan agar anak kepada Amy Search itu berpenampilan lebih kepada wanita mslimah.

Ghisau sungguh tengok Abil berpakaian agak kebaratan dengan menampakkan sebahagian tubuhnya. Apa pun netizen doakan yang baik-baik untuk Abil sudah ya.

Untuk info Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan dikurniakan Kesha ada 2009. Begitupun jodoh mereka hanya bertahan hingga 2011 sebeluma wanita berusia 40 tahun ini kembali bergelar isteri pada 25 Disember 2015 apabila bernikah dengan pengusaha kafe hipster, Mohd Izwan Johar.

Sumber: TikTok n4bilahuda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending