Entertainment
“Cantiknya, style pakaian apa pulak ni” – Netizen
Kira-kira 11 tahun berstatus ‘kembali bujang’, terbaharu penyanyi mendapat jolokan nama Britney Spears Malaysia ini sekali lagi sudah bergelar isteri orang beberapa hari lalu. Bukan kaleng-kaleng pasangan baharu penyanyi popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim ini. Lelaki bertuah tersebut merupakan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi.
Sama cantik sama padan penampilan merpati dua sejoli ini. Che Puan Jeslina juga semakin jelita dengan kehidupannya kini yang memfokus kepada bidang fesyen dan perniagaan aksesori.
Bijak bergaya dan memperagakan busana. Lihat saj4lah penampilannya dengan gaun yang ‘rare’ ini. Sepatunya pun… wow… Jarang kan jumpa pengantin ‘vass’ gini.
Padanlah perkongsiannya ini mengundang perhatian netizen untuk mencoret di ruangan komen. Yang pasti ramai yang terpegun dengan gayanya di samping suami tersayangnya itu.
“Style pakaian apa pulk ni”, “Looking like the power couple that you are”, “major love the wedding dress”, “Lawa terukk baju RR buat”, “Congratulations Jes & Jimmy”.
“Pehhh jess ni klau xs3ksi xsah..cntik2 tahniah”, “suka betul tengok style jeslina ni…walaupun terima kecaman netizen pasal lifestyle dia tapi tak pernah koyak. dia abaikan camtu je. selamat pengantin baru jeslinahashim dan pasangan”.
Itu antara komen netizen. Selain ramai memberikan respons terhadap penampilannya dengan gaun pengantin itu, tak kurang mengucapkan tahniah sempena hari bahagianya.
Terdahulu Jeslina ber’veil’ labuh meleret dengan penuh keyakinan dan anggun bersama Tunku Eddy dilihat berjalan berpimpinan tangan keluar dari suatu ruangan.
Pastinya ia sempena sambutan majlis resepsi perkahwinan mereka berdua. Didoakan agar gerbang ikatan kasih mereka berdua berkekalan hingga ke jannah.
Nampaknya Che Puan Jeslina sudah berbiraslah dengan penyanyi, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibarahim yang juga isteri kekanda Tunku Eddy iaitu Tunku Nadzimuddin.
Sumber: IG Che Puan Jeslina Hashim
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen