Entertainment
Cantiknya wife dia, pandai simpan rahsia” – Netizen
Selepas kira-kira 24 bulan hidup menduda, hari ini penyampai radio membuat pengumuman rasmi di media sosialnya bahawa dia kini sudah kembali bergelar suami orang.
Hanya menyatakan kesyukuran dengan menyifatkan ia permulaan hidup baharu dirinya dan pasangan, Fizi Ali mengucapkan penghargaan buat mereka yang mendoakannya dan pasangannya itu, bahkan berharap doa yang sama kembali untuk mereka berkenaan.
Sama cantik, sama padan, Fizi dalam pada itu hanya meletakkan hashtag #offduda dan kredit kepada jurufotonya. Dalam hantaran dikongsikan, terdapat foto dirinya dengan seorang wanita cantik manis bertudung yang mana keduanya berbusana sepasang serba putih.
Selain mereka lagi foto dikongsikan memperlihatkan dirinya yang sedang mendukung anaknya, Ameena Sofia, 4, dan seorang anak gadis. Sementara satu lagi foto mereka bersama beberapa yang lain dipercayai ahli keluarga.
Apa pun ramai yang tumpang gembira dengan perkongsian Fizi itu. Selain netizen, rakan artis seperti pelakon, Janna Nick, Shiera Ijoy, Fara Fauzana, Fizo Omar, Shiha Zikir dan lain-lain antara yang mengucapkan tahniah kepada bapa kepada seorang cahaya mata itu.
“Tahniah.. cantik wife dia”, “Fuh terbaikkk.. tahniah brother”, “Wah tau2 kawen daa.. tahniah dedi Ameena”, “Selamat pengantin baru Fizi. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dapat bimbing isteri ke syurga”.
“Alhamdulillah tahniah anda berdua. Sepadan sangat2”, “alhamdulillah. Tahniah.. love u both”, “Semoga bahagia hingga ke jannah dan dapat anak ramai”, “Laju eh.. lepas survey radio terus kawin”, “La.. Fara Fauzana?”.
Itu antara komen netizen. Rupanya ada juga yang nak tahu perihal Fizi dan rakan penyampai radio, Fara Fauzana yang sebelum ini ditular di medsos kononnya sedang bercinta. Padahal gosip semata ya… Pandai mereka simpan rahsia.
Menariknya sempat Fara Fauzana meluahkan coretan di ruangan komen hantaran Fizi, lelaki itu yang bercinta (dengan isterinya), dirinya pula yang disifatkan yang ‘kena’ (gosip). Fara sebelum itu turut mengucapkan kesyukuran dengan perkongsian Fizi.
Fizi sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pda 18 Februari 2018. Begitupun jodoh mereka tak panjang apabila memilih jalan untuk berpis4h pada Disember 2021.
Apa pun sejak awal tahun ini, kisah Fizi bercinta kembali, kali ini dengan wanita dikenali dengan nama Tiz berjaya dihidu sejak awal tahun ini dan kini mereka mengikat tali pernikahan pula. Moga Fizi dan pasangan kekal bahagia hingga ke jannah. Tahniah.
Sumber: IG Fizi Ali
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen