Connect with us

Entertainment

“Comelnya, tahniah Usop dan Teha” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 1a0d33b2032de1c7d620827e188b9026 Scaled

Tahniah diatas kelahiran anak kedua buat pasangan Usop dan isterinya Teeha, sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki, dan kelahiran kedua ini adalah anak perempuan.

Makanya mereka sudah lengkap, mendapat sepasang cahaya mata. Seronoknya melihat tanda cinta mereka terbukti dengan kehadiran kedua anak mereka. Kini Usop masih belum berkongsikan nama anak perempuan beliau.

Sebelum ini Usop pernah memberitahu bahawa tatkala sedang sarat mengandung isterinya dan dia sendiri diuji dengan pelbagai ujian, namun beliau berjaya mengharunginya dengan baik sekali.

Mediapuyu.com 99a411c15b7836afd49d0253c22916e3

Bukan sahaja diuji kerja, malahan juga isterinya seolah diganggv namun beliau masih kuat dan sehingga kini masih bersama. Anak-anak adalah penguat cinta mereka dan mereka masih perlu kuat untuk berhadapan perkara akan datang kelak.

Kehadiran anak perempuan didalam ahli keluarga adalah sebuah kenikmatan apatah lagi anak itu mempunyai seorang abang, sudah pasti manja juga.

Melihat daripada wajah abangnya Umar, sudah pasti anak perempuan akan mengikut iras wajah ayahnya Usop, dek kerana anak lelaki mereka mempunyai iras wajah isterinya Teeha.

Mediapuyu.com 9bfffc5e6dbc8327e2677037a1a6544f

Usop adalah seorang artis yang tanpa kontr0versi malahan beliau adalah berdiri dengan bakat sendiri dan banyak menyumbangkan lagunya didalam industri seni nyanyian. Sehingga kini beliau masih aktif dalam dunia seni.

Sebuah kegembiraan apabila mendapat sepasang cahaya mata, apatah lagi memang ia dirancang sebaiknya. Bukan sahaja itu malah jika diberi rezeki untuk mempunyai anak ramai, siapa sahaja mahu men0lak.

 

Namun ia adalah sebaiknya menjarakkan kehamilan demi kesih4tan seorang ibu yang melahirkan. Pelbagai komen mendoakan kesejahteraan Teeha apatah lagi melahirkan anak perempuan yang cukup sifatnya.

Lihatlah pelbagai komen yang mendoakan pasangan ini, lihatlah ramai memberikan juga ucapan tahniah kepada Usop dan Teeha. Pelbagai komen yang diberikan kepada perkongsian ini.

Lihat komen-komen mereka termasuklah kawan baik Usop, artis Apex Tajuddin. Seperti anak solehah ini diberi nama Medina, kita tunggu nama penuh penuh dari Usop sendiri nanti.

Mediapuyu.com 7b2914a9708c11e1b23994b6a2efdb11

Usop masih berkecimpung didalam dunia seni bahkan beliau masih mempunyai pelbagai tawaran nyanyian jika sekalipun tidak di media dunia hiburan. Akan tetapi rezkinya sentiasa ada. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Usop dan selamat berpantang kepada Teeha.

Sumber: ig usopofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!