Connect with us

Entertainment

“Comey Ira, nampak lagi babyface dari Qadejah”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com B189ca167433dd7fb53be9df6e8a31b8

Meskipun mendapat k3caman netizen apabila mengambil Ira Kazar sebagai model bagi mempromosikan beberapa tudung keluaran terbaru dan juga sebagai duta bagi rangkaian perniagaan beliau termasuk lah rumah peranginan beliau iaitu Sugeh Resort namun, ianya tidak menjadi isu buat Dato Aliff Syukri bagi meneruskan usaha promosi yang telah beliau rancangkan bersama Ira Kazar.

Dato Aliff juga berkata beliau sudah menjelaskan sebelum ini bahawa beliau tidak menyokong dan menyebelahi sesiapa terhadap konflik yang berlaku melibatkan pengarah Syamsul Yusuf, Ira Kazar dan bekas isterinya Puteri Sarah Liyana.

Mediapuyu.com 8d51dc19f32760e1aace25151df77168

Sebagai seorang usahawan, Dato Aliff hanya menjalankan perniagaan beliau seperti biasa dengan membuat strategi pemasaran yang di rasakan bersesuaian dengan produknya.

Dedah Dato Aliff lagi, beliau juga sudah pernah mengambil Puteri Sarah sebagai model tudung beliau sebelum ini. Model tudung yang di sunting oleh Dato Aliff sebelum ini juga tidak tetap dan sering bertukar mengikut perancangan syarikat.

Mediapuyu.com 717db226473180c569ac76de624b1d17

Menerusi satu perkongsian di Instagram Dato Aliff, usahawan terkenal itu memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat beliau dan anaknya Qadejah atau Cess menyelongkar beg tangan Ira Kazar.

Sebelum beliau dan anaknya menyelongkar beg tangan Ira, Dato Aliff meminta keizinan terlebih dahulu daripada tuan empunya badan.

Setelah di berikan kebenaran daripada Ira, baharulah beliau dan anak perempuannya Cess melihat isi kandungan beg tangan Ira Kazar.

Pelbagai barangan peribadi yang di temui oleh Dato dan Cess semasa menyelongkar beg tangan isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusuf itu. Antara barangan peribadi yang di bawa oleh Ira adalah telefon bimbit, kacamata hitam dan juga kunci kend3raan.

Dato juga bertanyakan mengenai kend3raan yang di gunakan oleh Ira, namun Ira secara merendah diri menjawab beliau hanya menggunakan kereta pinjam.

Mediapuyu.com 75910e025612c7b1893385b331afe8c6

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen memuji wajah Ira yang nampak cantik dan berseri apabila memakai tudung di dalam video tersebut.

Netizen juga membandingkan wajah Ira dan anak perempuan Dato Aliff iaitu Qadejah yang mana netizen berkata wajah Ira lebih ‘babyface’ berbanding dengan Qadejah yang mesra di panggil Cess oleh Dato Aliff. Berikut di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.

Mediapuyu.com 38e625f66ca868f0918a5e79432d94af

Terdahulu, Ira Kazar telah sah bergelar isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof pada 5 Januari lalu selepas pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi sendiri berita berkenaan menerusi satu hantaran video di Instagram.

Susulan itu, Puteri Sarah Liyana yang merupakan seorang pelakon dan model yang ketika itu masih menjadi isteri pertama Syamsul Yusof telah bertindak untuk memfailkan penceraian.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!