Connect with us

Entertainment

“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 0650718772a0a22e30d6c5cf8311f0e7

‘Ada yang pahit dan jua yang manis. Hidup kita harus berwaspada. Jangan selalu ikut nafsu saja… Janganlah kau mengingat kisah lalu. Lupakan saja kisah pahitmu itu…’ Masih ingat lirik lagu yang penyanyi asal Cinta Plsu itu?

Sekali pandang seperti dikongsikan dalam video ini tampak ‘sebijik’ macam penyanyi, Amy Mastura bukan….? Itulah dia, penyanyi popular suatu ketika dulu, Datuk Laila Utama Hajah Mazuin Hamzah, bekas salah seorang anggota kumpulan Quinary M yang terdiri daripada adik-beradiknya.

Di kala usianya 58 tahun kini, wajahnya masih cantik manis dan nampak fit macam dulu. Kecil molek sama macam Amy Mastura juga.

Mediapuyu.com 824b6456eafa643d13b073fda9748b0c

Rupanya ramai perasan dengan wajah mereka berdua yang macam pelanduk dua serupa masih tertanya sama ada mereka ada pertalian dar4h. Ya benar keduanya sepupu ya…

“Mukanya sama macam Amy Mastura. Ada kaitann ke?”, ” Maintain lawa dan cantik Mazuin Hamzah”, “Ya betul. Video minggu lepas”, “Saya suka sangat dengan Mazuin. Tapi sekarang sedih dgn keadaan skrg. Lagu ini terjadi padanya”.

Mediapuyu.com D7656eeb245bf7eea1ee56f29e42ec11

Itu antara komen netizen. Apa pun memang Mazuin dan Amy kedua-duanya berbakat besar dalam bidang seni. Bukan saja wajahnya, dengar suara Mazuin ini pun masih kekal seperti dulu.

@eddyrusdi

Masih Cantik! Wajah Mazuin Hamzah terkini, Kisah Disebalik Lagu Part 93, Cinta Palsu dari Mazuin Hamzah, lagu popular beliau era 80an, lagu ni terkena dgn hidup Mazuin sekarang, Dulu cinta diraja ini sangat indah, sehingga keluar majalah yang mana ramai mengatakan inilah cinta suci diraja dgn rakyat jelata, tapi panas tidak berpanjangan, kini beliau sudah diceraikan. Ada peminat Mazuin kat sini? mesti tahu bertapa gemilangnya perkahwinan diraja ini dulu. #kisahdisebaliklagu #laguviral #malaysiaboleh #malaysia #malaysiatiktok #malaysianupdate #malaysian #lagumelayu #lagubest #fypmalaysia #fypシ #tiktokmalaysia #malaysiafyp #mazuinhamzah #mazuin #cintapalsu

♬ original sound – Eddy Rusdi – Eddy Rusdi

Kalau Amy mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan melancarkan album pertamanya menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994.

Mediapuyu.com 27d23e863dd92cedee9f960004aeb77e

Mazuin pula mula aktif pada 70-an dan 80-an. Makin popular juga bila beliau seringkali muncul untuk rancangan Mekar Sejambak terbitan RTM pada sekitar tahun 1980-an.

Tak hairanlah persona dan populariti diraihnya mampu menambat hati kerabat apabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Mediapuyu.com 4b98fa660e1f1225c81b614518e40740

Disunting pada usianya 23 tahun, siapa sangka mahligai dibina penuh gemilang akhirnya berakhir pada 2003 apabila mereka berpisah pada tahun tersebut.

Pun begitu kelibatnya yang muncul dalam hantaran ini ketika membuat persembahan nyanyian sekurang-kurangnya mengubat rindu peminat selepas ‘h1lang’ beberapa ketika sebelum itu.

@chef.zam

#CintaPalsu #MazuinHamzah #Brunei #🥳🎊🌟🎉🇧🇳 #rareperformance #DiRajaBrunei #royalwedding #MalamJagaJaga #tradisiBrunei #BandarSeriBegawan #perkahwinandiraja #wedding #fypシ゚viral #fypage #ChefZam #cheflife #memories #otaimasihberbisa

♬ original sound – Prof. Chef Zam – Prof. Dato’ Chef Zam

Sumber: TikTok Eddy Rusdy/ Chef Zam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!