Entertainment
“Datuk K pun dah tak selamat skrg, kena masuk dlm video jugak”- Netizen
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid merupakan antara pasangan yang romantik dan sering menjadi perhatian netizen terutamanya para peminat Tokti sendiri. Pejam celik sudah 17 tahun berlalu sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Datuk Khalid Muhammad Jiwa lebih di kenali sebagai Datuk K dalam kalangan para peminat Tokti.
Sebagai rekod, Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk K pada tahun 2016. Perkahwinan pasangan romantis ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 2 tahun.
Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti juga banyak menimba ilmu daripada suaminya yang juga merupakan seorang usahawan terkenal.
Pelbagai produk yang telah di ceburi oleh Tokti termasuklah produk kosmetik, pakaian, minuman kesihatan dan juga wangian.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Tokti, penyanyi kesayangan ramai itu memuatnaik satu video untuk mempromosikan produk wangian terbaru daripada jenama Beausiti.
Tulis beliau lagi di ruangan kapsyen, wangian berkenaan merupakan antara wangian yang sangat laris jualannya. Video promosi yang di lakukan oleh Tokti kali ini agak istimewa apabila menampilkan suaminya sendiri sebagai ‘model’ di dalam video tersebut.
Menurut Tokti, beliau ingin menguji wangian berkenaan cukup menarik perhatian suaminya atau tidak. Sebelum masuk ke bilik mesyuarat, Tokti memakai wangian dan kemudiannya berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat yang sedang di hadiri oleh suaminya.
Kehadiran Tokti ke dalam bilik mesyuarat tersebut ternyata berjaya menarik perhatian Datuk K sambil tersenyum kearah isteri kesayangannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen merasa tindakan Tokti mengusik Datuk K untuk menguji wangian berkenaan itu sangat mencuit hati dan comel.
Netizen juga berkata kali ini Tokti sudah satu langkah ke hadapan apabila sudah berani menggunakan Datuk K pula untuk mempromosikan wangian Beausiti. Berikut di kongsikan komen- komen netizen tersebut.
Wah mesti wangi betul wangian produk Beausiti tu sampai Datuk K pun boleh tertarik untuk tengok pemakai wangian berkenaan. Comel betul Tokti mengusik Datuk K. Lepas ni boleh la Datuk K berlakon bersama Tokti pula buat promosi produk sama- sama.
Sumber: ig ctdk
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen