Connect with us

Entertainment

“Dekta, suara Dekta macam ibulah”- Netizen

Published

on

Shuib Sepahtu menceburkan diri dalam dunia hiburan setelah memenangi program Raja Lawak musim ketiga menerusi kumpulan Sepahtu. Selain menjadi seorang pelawak, nama beliau kini lebih menyerlah sebagai seorang usahawan Bubblebee.

Walaupun kini Shuib telah bergelar seorang usahawan berjaya dan menjalani kehidupan cukup glamour dalam dunia artis sebagai pelawak, namun Shuib tetap kekal dengan sifatnya yang sangat merendah diri.

Pemergian arw4h isterinya Siti Sarah Raisudin beberapa tahun yang lalu cukup menggmparkan industri hiburan dan membuatkan para peminat merasa sangat berduka dengan pem3rgian penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun Shuib juga telah meneruskan kehidupan beliau dengan mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan seorang usahawan Watie. Watie juga menerima pujian daripada netizen kerana di lihat begitu ikhlas menjaga anak- anak Shuib seperti anaknya sendiri.

Walaupun di awal perhubungan Shuib dan Watie mendapat tentangan netizen, namun kini kehidupan Shuib dan anak- anaknya semakin bahagia dengan kehadiran Watie sebagai pelengkap keluarga mereka.

Kebiasaan sempena hari bapa, anak- anak akan memberikan hadiah mahupun kad ucapan istimewa kepada para bapa sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan bapa dalam membesarkan mereka.

Begitu juga dengan anak Shuib, satu satunya anak perempuan Shuib dan arw4h Siti Sarah iaitu Talita telah menyediakan kad ucapan istimewa yang di buat sendiri olehnya sebagai tanda penghargaan kepada bapa kesayangan.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram Shuib, pelawak berkenaan memuatnaik rakaman video ketika menerima kad ucapan sempena hari bapa daripada Talita. Shuib juga turut membacakan ucapan yang di tuliskan oleh Talita di dalam kad berkenaan.

Sebagai seorang anak yang baik, Talita mengucapkan selamat hari bapa kepada Shuib dan meminta maaf di atas kesilapan yang telah di lakukan olehnya selama ini. Talita juga menyifatkan bapanya sebagai seorang bapa yang kuat dan seorang ayah yang paling baik di dunia.

Kata- kata ucapan yang di tulis oleh Talita tersebut menyentuh hati Shuib. Shuib juga turut mem3luk anak- anaknya yang lain yang turut berada bersama dan Watie yang ketika itu sedang merakamkan video berkenaan.

Shuib juga mendoakan agar dirinya terus menjadi bapa yang baik buat anak- anaknya dan menjadi suami yang baik kepada Watie.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menggambarkan Talita sebagai seorang anak yang solehah dan matang dalam kehidupan kerana sangat memahami perkara yang telah di lalui bersama bapanya selama ini.

Netizen turut mendoakan Talita menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang wanita yang hebat seperti arw4h ibunya dan mummynya Watie.

Netizen juga berkata ucapan Talita yang lebih mesra di panggil Dekta itu sangat menyentuh hati sehingga membuatkan mereka mengalirkan air mata. Netizen juga berkata suara Dekta di dalam video tersebut sangat mirip dengan suara arw4h ibunya Siti Sarah.

Netizen turut mengulang menonton video ucapan tersebut beberapa kali semata mata untuk mendengar suara Dekta yang sangat mirip dengan suara arw4h ibunya kerana netizen sangat merindui suara arw4h Siti Sarah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Pengubat rindu buat Shuib dan keluarga mereka kerana suara yang di miliki oleh Dekta begitu mirip dengan suara arw4h Siti Sarah dari segi lenggok suara dan cara bercakap. Sebak sangat dengar ucapan daripada Dekta yang di bacakan oleh Shuib.

Sumber : ig shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending