Entertainment
“Dia dah tak jadi Dato K, dia jadi Ajay Devgan”- Izara Aishah
Program realiti The Masked Singer Malaysia kini setiap minggu menjadi tular apabila episod demi episod menyaksikan beberapa peserta program berkenaan telah tersingkir dan tekaan yang di berikan oleh para juri serta netizen tepat atau tidak dalam meneka selebriti di sebalik topeng.
Sehingga minggu ke lima seramai 5 orang selebriti telahpun membuka topeng dan antara peserta yang telah tersingkir adalah Dr Soo Winci, Amira Othman dan Irfan Haris, Rashidi Ishak, Daiyan Trisya dan Amelina.
Sempena tema yang di bawa pada minggu ini iaitu ‘Tribute to Dato Seri Siti Nurhaliza’ kesemua juri program berkenaan mengambil inisiatif untuk berpenampilan seperti Tokti demi mengikuti tema pada minggu tersebut.
Erra Fazira dan Rozita Che Wan memakai busana tradisional yang kerap di gayakan Tokti semasa persembahan lagu irama tradisional.
Nabila Huda pula berkata gayanya di inspirasikan daripada fesyen awal Tokti sebelum berhijab manakala Sherry Al-Hadad pula menggayakan watak Tokti di dalam video klip lagu berjudul Debaran Cinta.
Selain itu, antara juri yang tampil menyerlah dalam persalinan sepertimana yang pernah di gayakan oleh Tokti ialah Kak Lina Pom Pom yang memakai gaun berwarna putih seperti gaun yang pernah di sarung Tokti sewaktu majlis perkahwinan Tokti dan Datuk K. Manakala Zizan pula tampil berpakaian sederhana dengan memakai misai palsu persis Datuk K.
Penampilan Kak Lina Pom Pom dan Zizan tersebut menarik perhatian memandangkan mereka berdua juga turut membawakan watak sebagai Tokti dan Datuk K sepanjang konsert The Masked Singer minggu kelima itu berlangsung.
Usikan demi usikan oleh pengacara Dato AC Mizal juga membuatkan para penonton juga begitu terhibur dengan watak yang di bawakan oleh Kak Lina Pom Pom dan juga Zizan.
Kemeriahan dan kenangan penampilan sewaktu konsert The Masked Singer tersebut di kongsikan semula oleh salah seorang juri iaitu Zizan menerusi satu hantaran di media sosial beliau.
Gambar yang memaparkan beliau dan Kak Lina Pom Pom merakamkan gambar bersama di kongsikan dengan paparan sebenar wajah Tokti dan Datuk K dengan kapsyen lucu yang di tulisnya ‘nampak sama tapi bukan dia’ ‘c0py ori’
Menjengah ke ruangan komen pula, ternyata perkongsian gambar berkenaan begitu mencuit hati netizen yang terhibur dengan gelagat Zizan dan Kak Lina Pom Pom. Malahan perkongsian gambar tersebut juga turut menerima komen dan reaksi daripada tuan empunya diri iaitu Tokti.
Tokti tidak menafikan persamaaan yang cuba di tonjolkan oleh Zizan dan Kak Lina namun sempat mengusik hidung Zizan yang terlalu mancung.
Izara Aishah juga turut meningg4lkan komen bahawa rupa Zizan tidak mirip seperti Datuk K apabila memakai misai tetapi lebih mirip kepada seorang pelakon lelaki terkenal Bollywood Ajay Devgan. Berikut di kongsikan komen- komen tersebut termasuklah Tokti sendiri.
Terhibur betul para penonton pada minggu ‘Tribute to Dato Seri Siti Nurhaliza’ kerana semua juri sangat sporting dan sangat mengikuti tema yang di sediakan oleh pihak produksi setiap minggu.
Bahkan pakaiaan yang di sarung oleh para juri juga turut menjadi perhatian kerana membawakan kelainan pada setiap minggu.
Sumber: ig zizanrazak869
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen