Connect with us

Entertainment

“Dia dibayar utk jadi over, ingat dia tak penat ke jadi begitu” – Netizen

Published

on

Ekoran menerima kecaman daripada netizen, Kak Lina Pom Pom menerusi satu hantaran di Instagram berkata beliau menarik diri daripada menjadi pengacara All Stars Gegar Vaganza. Kak Lina juga di kecam ramai gara-gara kegedikan melampau sebagai hos disamping dua pengacara lain iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Di sebabkan hanya ingin patuh kepada nasihat netizen yang tidak mahu lagi melihat perangai gedik Kak Lina POm Pom, Kak Lina Pom Pom memutuskan untuk tidak lagi ‘mengacarakan’ acara tersebut untuk minggu-minggu berikutnya.

Bagaimanapun, posisi yang ditinggalkan ‘alter ego’ Kak Lina itu akan diisi sendiri oleh Elly Mazlein. Bermakna, Elly Mazlein akan mengacara program hiburan nombor satu negara itu dengan menjadi Elly barangkali dengan formaliti yang lebih tertib dan teratur.

Minggu lalu, konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza menerima cemuhan dan kecaman ramai disebabkan tiga pengacara iaitu Nabil, Jihan dan Kak Lina sebagai hos sekali gus membuatkan ramai kurang senang kerana situasi atas pentas disifatkan segelintir pihak sebagai menyerabutkan.

Walaubagaimanapun sebelum berakhirnya konsert minggu ke dua malam tadi, setelah di minta berkali- kali oleh para penonton dan juga hos, Elly Mazlein akhirnya ‘mengalah’ dan mengembalikan watak sebagai Kak Lina Pom Pom.

Seolah tidak dapat menahan diri lagi, Elly Mazlein mengembalikan watak Kak Lina Pom Pom dengan mengejar Nabil Ahmad apabila ‘tiba’ di pentas Gegarvaganza malam tadi.

Sedutan rakaman konsert malam tadi di kongsikan kembali menerusi satu hantaran video di Instagram astro gempak. Aksi gamat kejar mengejar di atas pentas malam tadi menerima pelbagai komen dan pendapat daripada netizen.

Menjengah ke ruangan komen pula, netizen berkata mereka gembira dengan kehadiran kembali Kak Lina Pom Pom ke pentas Gegar Vaganza sebelum konsert malam tadi berakhir. Bagi mereka setiap pengacara mempunyai gaya mereka tersendiri dalam mengendalikan sesuatu program.

Apabila bilangan pengacara bertambah, setiap kekurangan pengacara akan di tambah baik oleh pengacara yang lain. Di sebabkan itu sebagai penonton pula, netizen mengajak bersama- sama untuk meraikan kelebihan dan kekurangan pengacara program berkenaan.

Tambah netizen lagi, program berkenaan merupakan program nyanyian jadi tumpuan harus di berikan kepada peserta dan bukannya pengacara.

Netizen juga beranggapan karakter gedik yang di bawa oleh Kak Lina Pom Pom tersebut hanya untuk menghiburkan dan memeriahkan suasana di dalam program tersebut.

Namun begitu, tidak kurang juga netizen yang tidak ‘berkenan’ dengan sikap gedik yang di bawakan oleh Kak Lina Pom Pom dan kurang senang apabila watak Kak Lina Pom Pom di kembalikan oleh Elly Mazlein pada malam tadi.

Berikut di kongsikan pula antara komen- komen positif yang di tulis netizen apabila Elly Mazlein mengembalikan watak Kak Lina Pom Pom malam tadi.

 

Sebagai rekod, Kak Lina sebelum ini berkata demi menjaga hati ramai pihak dia terpaksa mengambil pendekatan untuk tidak lagi muncul di GV10.

Kak Lina juga meletakkan kesemua kesalahan pada dirinya sendiri. Katanya, dia hanya mencari rezeki di pentas GV10 yang merupakan program hiburan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Namun begitu di atas permintaan ramai, Elly akhirnya akur dan kembali sebagai Kak Lina Pom Pom di konsert kedua GV10 malam tadi.

Sumber: ig astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending