Connect with us

Entertainment

“Elok dia cakap dua dua bahasa BM dan BI tu”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 01c087a48f1e15ad74c4552addd94061

Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 31 Mei yang lalu. Zahirah selamat melahirkan cahaya mata kedua itu di Perth Australia.

Mediapuyu.com 9054561e74d6be49d5df3e1871712757

Perkhabaran gembira mengenai kelahiran anak keduanya yang merupakan seorang bayi perempuan di maklumkan oleh Zahirah sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram.

Zahirah memuatnaik sekeping foto mempamerkan foto anak perempuannya itu di dukung oleh suaminya Aiman bersama anak lelaki mereka meluahkan rasa syukurnya kerana keluarga mereka kini sudah lengkap dengan empat orang.

Mediapuyu.com 7045c7e0aeeeefd9e47e870adb2ef3cf

Netizen mengatakan bahawa adik Isaac Raees iaitu Inara Raisa sangat comel dan hidungnya sangat mancung persis ibu dan ayahnya itu. Tambah mereka lagi, mereka tidak sabar untuk melihat Inara Raisa membesar dengan telatahnya yang comel nanti.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram pelakon jelita itu, Zahirah telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau bersama suaminya Aiman dan anak sulungnya Isaac Raees telah keluar membeli barangan untuk di bawa pulang ke rumah mereka di Malaysia.

Bagaimanapun gelagat Isaac yang aktif meneroka pasaraya berkenaan dan mengajak Zahirah serta Aiman untuk bermain menarik perhatian para netizen. Apatah lagi kanak- kanak berkenaan bijak berceloteh dengan ibu bapanya menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris dengan cukup fasih.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Isaac yang sangat sopan apabila bercakap dengan kedua ibu bapanya kerana bercakap dalam nada yang rendah dan tidak menjerit.

Mediapuyu.com 0d09ca749e14803a9db7a25d52e3956a

Sejak kecil lagi, Isaac Raees menjadi sorotan netizen kerana gelagat kanak- kanak tersebut yang begitu memikat hati. Netizen juga memuji anak pasangan pelakon itu yang sangat fasih bertutur dalam Bahasa inggeris dan Bahasa melayu.

Netizen juga terhibur dengan sikap Isaac yang gemar berceloteh dan bermain bersama ibu bapa. Netizen turut merasakan Isaac seorang kanak- kanak yang cukup menarik hati dan mendoakan kanak- kanak berkenaan menjadi seorang anak yang soleh dan zuriat yang menjadi penyejuk hati kepada kedua- dua orang tua setelah dewasa kelak. Berikut di kongsikan komen- komen netizen berkenaan.

Mediapuyu.com 8d104f9e5bec2bcbfe31d29f272567b0

Cara Isaac berfikir dan bercakap juga seperti orang dewasa namun tetap comel dengan sikap manjanya apabila bersama Aiman dan Zahirah. Ramai sanggup ulang- ulang tengok video yang di kongsikan Zahirah sebab geram dengan kecomelan Isaac.

Sumber: ig zahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!