Connect with us

Entertainment

“Faizal masuk Talk To My Manager tahun depan confirm menang” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 007616fa36bf5ecbad2072197bf88561

Masih ingat lagi dengan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ke-4 (AF4) iaitu Mohammad Faizal Ramly atau lebih dikenali sebagai Faizal AF4? Figura ini pernah mencuri tumpuan suatu ketika dahulu apabila berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir AF4, bergelar Juara, sebelum membina nama dalam dunia hiburan dan akhirnya mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Siti Raihanah. Kini, selepas lebih 19 tahun berlalu, kelibat Faizal kembali mencuri perhatian apabila muncul bersama anak sulungnya yang cantik dan bersuara merdu.

Faizal AF4 mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009, dan kini bahagia dengan keluarga bersama anak-anaknya.

Top Selling di Tiktok

Mediapuyu.com 464a8d336009881cc201ed690d039c0c Scaled

 

Dalam video terbaru di TikTok, Faizal kelihatan memberi sokongan penuh kepada anak sulungnya, yang kini berusia 14 tahun.

Ramai netizen teruja melihat bakat nyanyiannya, malah ada yang menyifatkan suaranya persis bintang muda yang layak diketengahkan.

Mediapuyu.com 74e0ffa1e88e08927b24933d515366b7

Wajah yang manis ditambah dengan bakat vokalnya membuatkan ramai teringat kembali kehebatan bapanya di pentas AF4 suatu masa dahulu.

@

♬ –

“Faizal masuk Talk To My Manager tahun depan. Confirmed menang,” komen seorang pengguna yang jelas terpesona dengan aura anak Faizal ini.

Mediapuyu.com 6d31e19bffe02a7a8a1a8856723f33df

“Sedap gila suara anak dia. Ni kalau diasah betul-betul boleh jadi penyanyi terkenal ni,” tulis netizen lain lagi yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Keterujaan itu bertambah apabila ramai merasakan anaknya mempunyai potensi besar untuk menyertai pertandingan nyanyian popular seperti Talk To My Manager yang kini sedang menjadi perhatian ramai.

Mediapuyu.com C1ecdd45c6930a0619dd6a52fe3fa1f8

Tidak kurang juga yang kagum melihat hubungan erat antara Faizal dan anaknya, kerana jelas kelihatan beliau bukan sahaja seorang ayah penyayang, tetapi juga penyokong utama bakat anak sulungnya.

Lebih menarik, ada juga yang berpendapat buah hati Faizal itu mampu melangkaui pencapaian bapanya kerana zaman kini memberi lebih banyak peluang untuk bakat muda menyerlah di persada seni.

Mediapuyu.com 4697f8f8109bfba8f56dc0f15f83c21e

Sumber: TikTok Faizal AF4

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!