Connect with us

Entertainment

“Garangnya Datin Marlia Musa, kalau menantu dia masuk dapur tak tau la”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com B408cbc945163601f537de2dbbc3cb48

Sedutan rancangan You Know Nothing About Cooking membuatkan ramai penonton yang terhibur apabila melihatkan gelagat Sherry Al-Hadad dan juga Datin Marlia Musa di gandingkan. Ramai yang tidak tahu bahawa Datin Marlia Musa sudah mengenali pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad sejak pengacara berkenaan berusia 19 tahun lagi. Sherry merupakan salah seorang pelajar di Datin Marlia Musa.

Sewaktu pertama kali Datin Marlia bertemu dengan Sherry, Datin Marlia berkata beliau sangat yakin dengan kemampuan Sherry dan mengandaikan bahawa satu hari nanti Sherry akan menjadi antara orang yang hebat di dalam industri seni tanah air.

Mediapuyu.com 309736c251acf6f2452b50aa07cd8f2e

Telahan Datin Marlia Musa itu tepat apabila nama Sherry kini telah menjadi sebutan selepas dia berjaya merangkul dua anugerah pada malam Anugerah Bintang Popular Ke-33 (ABP33) bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Pemilik nama penuh Sharifah Mariam binti Syed Abdullah Al-Hadad ini juga sangat terkenal sebagai pengacara kerana menjadi buruan bagi rancangan yang besar seperti Big Stage dan Anugerah Juara Lagu.

Mediapuyu.com Bb5c88fe8a184839a4e51b3e453c4634

Menerusi satu perkongsian di tiktok astro gempak, laman sosial itu berkongsikan satu video rancangan masakan terbaru You Know Nothing About Cooking yang menampilkan pengacara Sherry Al-Hadad dan juga isteri kepada composer dan penyanyi popular Dato M. Nasir iaitu Datin Marlia Musa.

Gelagat kedua-dua selebriti tersebut memasak menarik perhatian apabila Datin Marlia menyerlahkan sisi lucu beliau semasa mengajar Sherry memasak di dalam rancangan berkenaan.

@astrogempak

Bila Datin Marlia Musa menjerit, dengan min sekali terkejut 😂 Saksikan You Know Nothing About Cooking mulai Isnin ini, 11 Mac, setiap hari jam 12PM di website gempak.com! #YouKnowNothingAboutCooking #YKNAC #GempakOriginalSeries @sherry_alhadad

♬ original sound – Gempak – Gempak

Buat yang tidak tahu, Datin Marlia Musa sebelum ini merupakan salah seorang pelakon komedi 90an Pi Mai Pi Mai Tang Tu membawakan watak sebagai Ana bersama pasangan suami isteri Angeline Tan dan Ismail Sabri.

Rancangan memasak tersebut bertambah kelakar apabila Sherry menunjukkan keyakinan diri yang tinggi sewaktu menjawab soalan yang di ajukan Datin Marlia semasa membantu Datin Marlia memasak kerana memberikan jawapan yang salah serta menguji kesabaran Datin Marlia kerana kurang cekap memasak.

Mediapuyu.com 522f32df7225a64658c0d029503286bb

Jawapan yang di berikan Sherry sudah terang terangan salah dan membuatkan Datin Marlia naik angin. Menyukat air untuk memasak nasi juga Sherry boleh salah membuatkan Datin Marlia menjadi agak stress.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata vibe Datin Marlia Musa melayan Sherry seperti anaknya sendiri.

Malahan cara Datin Marlia memarahi Sherry juga seperti seorang ibu yang memarahi anaknya namun tetap mempunyai hati yang baik.

Mediapuyu.com F0b8296bf2fe255a5c87104e23e2ce12

Sebagai rekod, Datin Marlia Musa merupakan seorang tenaga pengajar di Aswara dan pernah menjadi pensyarah kepada Sherry sewaktu Sherry masih lagi menjadi seorang pelajar di sana.

Di sebabkan itu lah Datin Marlia Musa selesa untuk mengajar Sherry memasak di dalam rancangan berkenaan meskipun suaranya agak lantang menegur kesalahan Sherry. Ada juga netizen yang merasa agak takut dengan kelantangan Datin Marlia Musa. Berikut di kongsikan komen netizen berkenaan.

Mediapuyu.com 5e5910efc07ee2d570b31824f7ef9077

Gandingan kedua-dua pelakon ini mampu membuatkan warganet geli hati. Sherry sememangnya seorang penghibur. Ada sahaja perbuatan Sherry dalam rancangan tersebut yang membuatkan orang ramai terhibur. Datin Marlia pula nampak memang garang tetapi ada juga sisi yang kelakar.

Sumber: tiktok astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!