Entertainment
“Haa Nabila Razali sampai hati tak bagi dia seat” – Netizen
Pada 18 November yang lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali telahpun menamatkan zaman bujang apabila memilih untuk menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Nik Iruwan Nik Izani yang berusia 38 tahun.
Pasangan berkenaan memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di The Chateau Spa and Wellness Resort Pahang secara tertutup dan hanya di hadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Majlis berkenaan di hadiri oleh kira- kira 250 tetamu dengan mengambil tema English Wedding. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali turut berkongsi perasaannya yang bercampur baur antara sebak, sedih dan gembira.
Nabila juga turut menghasilkan sebuah lagu buat suaminya yang berjudul ‘Hanya Kamu’. Meskipun tidak mahu berkongsi bibit perkenalan beliau dan suami namun kisah cintanya dapat di ikuti secara tidak sengaja menerusi lirik lagu berkenaan.
Ramai rakan- rakan artis yang menghadiri majlis perkahwinan Nabila Razali tersebut dan antara yang berkongsikan gambar mereka bersama Nabila di hari bahagianya itu adalah Amira Othman, Hawa Rizwana, Wani Hasrita dan Sissy Iman.
Menerusi satu perkongsian di tiktok Che Ta, satu video di muatnaik oleh pelakon tersebut memaparkan anak perempuannya pelakon berkenaan iaitu Aisyah Dhia Rana yang menangis kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Nabila Razali bersama ibu dan bapanya.
Jelas Che Ta di dalam video berkenaan, jemputan yang di terima beliau bagi menghadiri majlis perkahwinan tersebut adalah dua orang dan tempat duduk yang di sediakan hanya terhad kepada beliau dan suaminya sahaja.
Di sebabkan itulah Che Ta tidak dapat membawa Aisyah bersama untuk ke majlis perkahwinan Nabila Razali berkenaan.
@rozitachewan1 Mampoih dah mummy … qeyau nak ikut niiiiiiiiii . #aaisyahdhiarana #nabilarazli #cheta #fyp
Aisyah yang di lihat sudahpun bersiap di dalam video itu kelihatan sedih dan menangis kerana tidak dapat mengikuti ibunya untuk ke majlis perkahwinan Nabila Razali.
Che Ta juga cuba untuk memujuk Aisyah yang tidak dapat menahan kesedihan dan menangis sepanjang rakaman video berdurasi beberapa saat itu. Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 73.5 ribu tanda suka daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen bersimpati dengan Aisyah dan memahami penjelasan Che Ta yang tidak dapat membawa Aisyah bersama ke majlis perkahwinan Nabila Razali berkenaan.
Netizen juga berkata, Nabila Razali perlu memujuk kembali kanak- kanak berkenaan memandangkan Aisyah menaangis di sebabkan dirinya.
Video berkenaan juga mencuit hati netizen kerana Che Ta meminta anaknya itu untuk memberikan ucapan kepada Nabila Razali walaupun ketika itu Aisyah sedang bersedih. Berikut di kongsikan beberapa komen netizen.
Aisyah nangis pun masih nampak cantik. Tapi gaya aisyah duduk kat bucu dinding dalam video tu macam kena h4lau dengan mak tiri pula. Dalam pada kesian tu masih lagi boleh tergelak melayan gelagat anak beranak Che Ta dan Aisyah ni.
Update terkini, Alhamdulillah Aaisyah dah dapat seat, terus muka happy si cantik ni, Thank you Nabila & Team bagi Aaisyah pergi wedding.
@rozitachewan1 Tak sia sia qeyau 🤣🤣🤣🤣 adoiiiii bawak jugak laaaaaa p .. . Makeup & rambut by @otongdanish
Sumber: tiktok rozitachewan1
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen