Entertainment
“Haha astaghfirullah halazim, cute eh dia mengucap” – Netizen
Nama pelakon Nad Zainal baru- baru ini panas dek kerana komen-komen rakan selebriti dan juga netizen. Antara isu yang berkaitan dirinya apabila beliau di katakana s0mb0ng dengan peminat dan sudah memutuskan ikatan persahabatan dengan rakan pelakon yang lain. Namun, Nad Zainal mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang respons terhadap situasi berkenaan.
Selepas memberikan kenyataan mengenai dakwaan hubungan persahabatannya dengan rakan selebriti telah renggang, Nad dilihat mengambil pendekatan berdiam diri, terutama di media sosial.
Ketika di ajukan pertanyaan mengenai isu berkenaan, pelakon yang baru mendirikan tangga bersama aktor Ungku Ismail itu ada membalas komen seorang pengikut di ruangan komen di Instagram yang mengatakan beliau berkawan dengan semua orang.
Nad juga sebelum ini ada memberitahu bahawa beliau enggan mengambil kisah terhadap isu tersebut dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti perg4duhan dalam persahabatan.
Tambahan pula fokusnya pada ketika ini ialah untuk suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi yang merupakan anak sulung hasil pernikahan kali kedua bersama Ungku Ismail.
Khabar angin bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pend4rahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Nad, pelakon itu memuatnaik satu video yang memaparkan keadaan terkini dirinya yang kini sedang sarat hamil.
Tulis pelakon itu di bahagian kapsyen, adakalanya sebagai ibu, kita akan mengeluh kerana merasa penat dalam melayani pelbagai kerenah anak- anak.
Namun tanpa kita sedari, kita sebagai ibu juga pernah meminta pertolongan daripada anak- anak seperti meminta mereka untuk mengutip barang, membuka pintu dan mengambil air dalam peti ais.
Oleh itu Nad menasihati para ibu supaya kurangkan mengeluh dalam melayani kerenah dan gelagat anak- anak. Menjengah keruangan komen pula, netizen juga bersetuju dengan pendapat Nad itu.
Malahan mereka juga turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan dengan pelbagai gelagat dan ragam anak masing- masing.
Namun sebenarnya kita sebagai ibu atau orang dewasa juga selalu juga meminta bantuan anak- anak kecil dan anak- anak juga yang banyak membantu memudahkan urusan yang remeh.
Kongsi netizen lagi, cara tersebut adalah untuk mengajar anak berbakti kepada orang tua dan erti tanggungjawab supaya apabila sudah dewasa mereka juga boleh membantu kita kembali terutama ketika ibu bapa kurang sihat. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022 yang lalu.
Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim berusia enam tahun dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.
Sumber: ig nad zainal
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen