Connect with us

Entertainment

“Haha jarang tgk Tok Ram menari, so cute bapak2 semua” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 6ddcf5acc7fa5cdcf6851357ccfadf7f

Zaman media sosial sekarang ini bukan setakat anak muda saja yang bermain dan memanfaatkan aplikasi itu. Remaja purba pun tak kurang juga kelebihannya. Kadang konten dan aksi dikongsikan mereka lebih menerujakan bahkan boleh terkesima netizen dibuatnya. Lihat s4jalah gaya barisan selebriti senior diminati oleh golongan tua dan muda hingga kini ini.

Pasti tersenyum-senyum netizen apabila melihat keletah dua insan paling menyerlah dalam hantaran ini iaitu aktor disegani, Datuk Jalaludin Hassan dan pemuzik, Datuk Ramli MS.

Mediapuyu.com F7989c17d33c5c8ad8be334f1013fd78

Tampak simple saja berjoget TikTok, namun mencuit hati di situ. Tak sangka lembut dan bersahaja Datuk Jalaludin atau Tok Jalal belanja goyang pinggul dan lengan…

Jaga-jaga Tok Jalal… jangan tergeliat pinggang tu.. Dalam masa sama Datuk Ramli atau Tok Ram main tunjuk-tunjuk saja pun boleh… Yang lain-lain jadi penari iringan.

Mediapuyu.com 4d46ef4ed2398341d51d03bc4aecfe0f

Ada juga kelibat vokalis rock otai kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali dan pelakon, Roy Azman di situ… Haaa… siapa kata golongan bapak-bapak tak mampu berTikTok?

“berpuluh tahun hidup first time tengok abah menari macam tu lol”, “Comel je dato jalal..suka tgk”, “Hahaha jarang nk tgk tok ram beraksi..so cute bapak2 semua”, “Tok Jalal tu sedang me raver kah”.

Mediapuyu.com 60aecb9104945cf287627979bb3e3e84

“tokram x buat gtu pun Onz dgn muzik…”, “Adoiii Tok Rammm & Tok Jalal… Rosak… Cute sangat”, “Kemainnn Penaung Darul Mukhsin”, thisisroyazman mcm org x hafal step..cube tgk tokram tu rilekkkk jerr confident..”.

Jika kena gaya tiada salahnya sekali sekali menghiburkan hati sendiri dan netizen kan. Sesuailah dengan kerjaya mereka yang sememangnya sebagai penghibur…

Mediapuyu.com 27c4d96a0c05d72a42a083936e6b5e17

Difahamkan Geng Bapak Bapak kini kembali dengan musim kedua. Projek Bapak Bapak merupakan sebuah rancangan travel dan lawak di Astro Warna. Macam lebih best kali ni.

Rancangan sebelum ini menampilkan mereka berempat. Geng ni bercuti tanpa isteri dan melakukan beberapa cabaran seperti bungee jump, waze swinger, masuk rumah hantu dan macam-macam lagi.

Mediapuyu.com 1e78f20cd0422629c5a3170e34e32ce2

Sumber: IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!