Connect with us

Entertainment

“Hahah ingat perempuan, maarah Syed. Tapi stailo la korang berdua” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 6c2f4dd371f0c197e398976d5040d13e

Biarpun berstatus pendakwah, dirinya yang acapkali berketrampilan rugged berjaya menarik perhatian netizen. Ditambah pula kisah-kisah hidupnya yang mengundang kontr0versi, lelaki ini menjadi tumpuan ramai.

Rupanya bukan sekadar kisahnya jadi tumpuan, sisi diri fizikal pendakwah dan penyanyi Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed ini turut menancap pandangan.

Bukan kata orang kita, ketrampilan Syed juga ‘menggamit’ tumpuan orang luar seperti dikongsikan dalam hantaran ini. Tak sangka macam tu sekali Pak Arab ‘tertarik’ dengannya.

Mediapuyu.com 0afabea0cead1e2b5f96052b338ae504

Kalau benda yang disukai tak apa, tapi dengan gaya lelaki luar ini menyapa dirinya, Syed juga berkongsi di status hantarannya dengan mencoret ‘Paneeehh I..’ diikuti emoji api.

Jika diikutkan marahlah tu… Mahu tak geram dirinya yang nampak macho dengan berjaket dan berseluar serba hitam, bahkan kelihatan kumis nipis pun ditanya soalan sedemikian.

Mediapuyu.com 3262308269efda7330a061734b7befbc

“Diaorang bagi salam, pastu dorang macam kvtuk laki ke perempuan tu. Pastu syed cakap saya macam perempuan ke?”, “ Dia cakap perempuan cantik tu yang dai syed ni toleh belakang”.

@daisyed_

Paneeehh aku 🔥

♬ original sound – MrRhythms.com

“Pak Arab pun bergosip noh”, “haza hazihi.. dia tanya tu laki ke pompuan? Tu dai syed tu jawab sy laki..”, “Aku masa rambut panjang dkt sana pon depa slu sentuh”, “Kene ejek bhai walaupn dh bermisai janggut gitu”.

Mediapuyu.com 6b0d300f2af2aec1a550fac74cdec4ea

Itu antara coretan netizen yang tolong terjemahkan bahasa dalam video itu. Ooo padanlah juga wajah Syed juga nampak tak puas hati apabila disapa sedemikian…

Terdahulu dalam hantaran berkenaan Syed yang laju berjalan seperti di lorong jualan diikuti seorang wanita juga berpakaian gelap di belakangnya dipercayai isterinya.

Mediapuyu.com 853838eb2afda6ca38393c3f0fe486cd

Nampak mereka sedang berada di negara Timur Tengah. Tak pasti pula apa yang sedang dilakukan. Apa pun ramai juga netizen di ruangan komen tertarik warna rambut Syed itu.

Syed dikenali selepas penyertaannya dalam program realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara dan mendapat tempat keempat pada 2016. Antara isv besar dirinya, pernah dituduh merog0l pada 2020, namun bebas tuduhan itu.

Mediapuyu.com C2312466361fa9418f6de9a72b1d651b

Sumber: TikTok Dai Syed

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!