Connect with us

Entertainment

“Happy birthday, macam Memey pulak muka anak dia yang ni”- Netizen

Published

on

Insiden yang melibatkan anak perempuan Abby dan Norman iaitu Marissa Dania Hakim baru- baru ini ternyata sedikit sebanyak memberikan kesan kepada keluarga Abby.

Namun begitu, setelah beberapa hari k0ntroversi yang melibatkan Marissa di perkatakan oleh netizen, Marissa akhirnya tampil mengakui kesalahan yang di lakukan olehnya itu dan memuatnaik satu kenyataan di media sosial beliau dengan meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Marissa Dania Hakim merupakan anak hasil perkongsian hidup Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dan Norman Hakim sebelum berpisah pada tahun 2008.

Sekadar info, selain Dania dan Danisha, Abby turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Mohamed Danish Hakim hasil perkongsian hidup bersama bekas suami.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia serta Maira Darda Farisa.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Abby Abadi, pelakon Gerak Khas itu berkongsikan aktiviti dirinya bersama ahli keluarga yang sedang menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya Maria Danisha Hakim yang menginjak usia 15 tahun pada 17 September yang lalu.

Di ruangan kapsyen, Abby berkata majlis ulang tahun kelahiran itu di lakukan lebih awal di sebabkan oleh tuntutan kerja yang terpaksa di laksanakan oleh beliau dan suaminya.

Abby berkata beliau bersyukur kerana di kurniakan anak-anak yang baik, cantik dan manja walaupun sedikit nakal. Dedah Abby lagi mengenai anaknya Maria Danisha Hakim itu, anak perempuannya itu seorang yang patuh kepada agama dan sangat rapat dengan anaknya Darda.

Abby juga bersyukur kerana Maria Danisha Hakim yang mesra dengan panggilan ‘Baby’ dalam keluarga ini seorang yang sangat penyayang seperti mana anak- anaknya yang lain kerana mereka semua di besarkan dengan penuh kasih sayang.

Abby juga menitipkan doa supaya kasih sayang antara keluarganya itu terus kekal sehingga ke syurga. Sebagai nota kaki, Abby mengajak sahabat di alam maya untuk sama- sama memberikan ucapan selamat hari lahir buat anak perempuannya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata- rata netizen mendoakan Maria Danisha menjadi anak yang baik dan membalas jasa kedua orang tua apabila dewasa kelak.

Tidak kurang juga netizen yang menitipkan doa kepada Maria Danisha supaya menjaga maruah diri serta maruah kedua orang tua.

Selain daripada ucapan selamat hari ulang tahun yang di ucapkan netizen buat Maria Danisha, netizen juga memuji wajah Maria Danisha yang semakin cantik setelah usianya meningkat remaja.

Netizen juga berkata wajah Maria Danisha mewarisi wajah bapanya serta tidak kurang juga yang berkata wajah Maria Danisha mirip Memey Suhaiza. Berikut pula di kongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran Abby Abadi itu.

Selamat hari ulang tahun kelahiran di ucapkan buat anak perempuan Abby Abadi, Maria Danisha Hakim. Cantik- cantik anak perempuan Abby dan Norman Hakim ni setelah meningkat dewasa.

Comel je semua pakai baju warna merah jambu sedondon untuk raikan majlis ulang tahun kelahiran Maria Danisha.

Sumber: ig mamayebbyyabadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending