Entertainment
“Hubby dia boleh join club Mirul Hubby Ain Edruce haha”- Netizen

Alam perkahwinan semestinya fasa yang paling bahagia buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Seperti pelakon Afifah Nasir, beliau salah seorang pengantin baru yang telah berkahwin baru-baru ini dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Syed Hariz.
Laman sosial media Afifah antara menjadi tumpuan netizen memandangkan beliau dan suami tercinta masih dalam fasa berbulan madu. Ada sahaja video romantik mereka yang dikongsi menerusi Instagram dan Tiktok.
Malah baru-baru ini, sebuah video yang telah dimuatnaik Afifah menerusi Instagram menjadi bualan netizen selepas melihat sisi sebenar suami Afifah.
Siapa sangka, karakter suami Afifah nampaknya seperti karakter suami Ain Edruce iaitu Amirul yang sentiasa melayan gelagat lucu isteri tercinta.
Video tersebut memaparkan gelagat Afifah menari di hadapan suaminya ketika mereka berbulan madu di pusat peranginan terkenal. Namun mata netizen lebih tertumpu kepada gelagat suami Afifah yang sabar melayan kerenah isterinya.
Melihat pasangan suami isteri yang baru berkahwin ini, mereka cukup bahagia dan Afifah sikit pun tidak kekok berkongsi kehidupan rumah tangga beliau yang baru dibina.
Sementara itu, video Afifah yang baru dimuatnaik itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata netizen menyifatkan sikap lucu Syed Azri sama seperti suami Ain Edruce.
Ada juga sebahagian netizen yang turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Afifah dan suami.
Ada-ada sahaja ye Afifah sakat suami tercinta, Syed Azri pun rajin layan isterinya hehe..
Sumber: Instagram Afifahnasir
-
Entertainment1 year ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen