Entertainment
“Intan umur 42 tahun, Haris umur 25 tahun tapi Haris matang sangat, suka tengok” – Netizen
Orang muda tak semestinya tak berfikiran matang kerana lazim juga bertemu situasi di mana mereka yang lebih dewasa masih berfikiran keanak-anakan. Masih fikir nak enjoy sedangkan sudah punya tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga. Begitupun pemikiran sedemikian tidak ada pada pelakon, Nor Harris Alif Nor Rashidi yang juga suami kepada pelakon, Intan Ladyana ini.
Biarkan baharu berusia 25 tahun, kematangannya secara fizikal nampak terserlah. Padanlah tampak sebaya sahaja dengan isterinya biarpun beza usia mereka 17 tahun.
Buktinya, lihat saj4lah seperti dalam hantaran video ini. Bijak Harris melayani isteri dan anaknya. Terserlah keceriaan dan kebahagiaan pada wajah mereka sekeluarga.
Rupanya kongsi netizen yang telah mengikuti perkembangan Haris sejak penglibatannya dalam dunia seni, kematangan lelaki itu sudah terserlah sejak dirinya menyertai program realiti TV9 lagi.
Bekas juara Idola Kecil Musim Ke-3 itu dikhabarkan telah terserlah kematangannya biarpun ketika itu Haris yang memulakan kerjaya nyanyian pada 2010 itu hanya berumur 11 tahun.
@intanladyana4 Bahagia Itu Sederhana❤️ #intanladyana #harrisalif #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage
“Haris ni masa kat idola kecil dah nampak matangnya”, “Intan umur 41 ke 42 thun.. haris umur 25 ke 26 thn. Tp Haris matang sgt.. suka tgk”, “Suami dia matang. Rupa sama dgn Intan dah”.
“Aku sebaya harris..tapi dia dah ada bini and anak”, “X nmpk beza umur pn. Suami dia sgt matang”, “Seriuss muka betul2 sama.. skli pndg ingat abg dgn adik”, “Harris ni buat rambut macam tu nmpk btol2 matang giler”.
Itu antara komen netizen yang rata-ratanya mengakui pasangan ini tampak serasai betul bersama biarpun terdapat jarak umur yang luas antara mereka. Apa ada hal kan…
Terdahulu dalam hantaran dikongsikan kelihatan mereka sekeluarga berada di bahagian pakaian bayi seperti di sebuah pusat membeli-belah.
Pastinya mencari pakaian buat cahaya mata kedua mereka yang mana ramai maklum pada masa ini Intan sedang sarat menunggu kelahiran anaknya bersama Harris.
Sumber: TikTok Intanladyana4
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen