Connect with us

Entertainment

“Isaac jgn nak gula gulakan aunty, itu bubble gum bukan ubat”- Netizen

Published

on

Sejak melahirkan anak lelaki sulungnya Isaac Raees, nama pelakon Zahirah Mc Wilson agak tenggelam dan sangat jarang muncul di kaca televisyen apatah lagi dengan kemunculan para pelakon baru yang muncul bagaikan cendawan saat ini untuk mewarnai dunia lakonan tanah air.

Namun begitu setelah kembali aktif, Zahirah sering menerima undangan untuk hadir ke beberapa majlis anjuran jenama antarabangsa.

Baru baru ini juga nama beliau menjadi sorotan netizen apabila kehadiran beliau ke majlis perasmian sebuah jenama antarabangsa turut di hadiri oleh para artis daripada pelbagai negara sehingga mengundang rasa bangga netizen memandangkan Zahirah menjadi salah seorang artis Malaysia yang terpilih ke acara berkenaan.

Meskipun sibuk memenuhi undangan untuk menghadiri majlis di luar negara namun Zahirah tetap memberikan keutamaan kepada anak sulungnya apabila berkongsi beberapa video bersama buah hatinya itu buat tatapan para peminat.

Sebagai rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu di kurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia hampir tiga tahun.

Sebagai menghargai sokongan peminat yang mahu mengikuti perkembangan anak sulung beliau dan Aiman, Zahirah juga mewujudkan akaun Instagram untuk Isaac Raees.

Apa juga perkembangan terkini mengenai anaknya akan di muatnaik dan di kongsikan bersama peminat menerusi Instagram berkenaan.

Perkongsian Zahirah dan Aiman mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka itu sentiasa menarik perhatian netizen yang tertarik dengan kecomelan wajah Isaac Raees yang memiliki lesung pipit di pipinya. Sehingga kini, akaun Instagram Isaac Raees memiliki sehingga 136 ribu orang pengikut setia.

Menerusi perkongsian satu terbaru di instagram Zahirah, beliau memuatnaik satu video beliau bersama anaknya Isaac Raes yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya.

Di dalam video yang berdurasi beberapa saat itu, gelagat Isaac yang di paparkan di dalam video tersebut sangat menghiburkan netizen.

Isaac juga turut menolak trolinya sendiri dan memilih beberapa barangan keperluan yang dia inginkan. Ketika berada di bahagian gula- gula dan coklat, Isaac secara bersahaja ingin mengambil gula- gula berkenaan dan bertanya kepada ibunya sama ada barangan berkenaan adalah ubat ubatan.

Menjengah ke ruangan komen, gelagat Isaac tersebut membuatkan para netizen merasa geram dengan kecomelan kanak- kanak berkenaan.

Malahan pertanyaan Isaac kepada ibunya untuk membeli ubat namun ke bahagian gula- gula juga sangat menghiburkan dan membuatkan netizen tertawa mendengar pertanyaan kanak- kanak tersebut.

Tidak kurang juga netizen yang memuji Isaac kerana fasih bertutur dalam Bahasa Melayu meskipun ibu bapanya sering membawa Isaac pulang ke kampung ibu Zahirah di Australia.

Isaac juga di lihat lebih selesa untuk bersembang dengan sesiapa sahaja di dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.  Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

 

Netizen juga kagum dengan Isaac yang tetap memilih untuk bercakap Bahasa Melayu dan tidak terpeng4ruh dengan video kanak kanak di saluran youtube serta gadget yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris.

Sikap sopan Isaac ketika bercakap itu juga mencairkan hati netizen. Memandangkan ibu bapa Isaac juga sangat lemah lembut dalam bertutur maka tidak hairan lah Isaac juga bertutur dengan sopan dan lembut seperti mana kedua ibu bapanya.

Netizen mendoakan kanak kanak itu agar membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya apabila sudah dewasa kelak.

sumber: ig zahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending