Connect with us

Entertainment

“Jaatuh cinta betul dgn mata Sumayyah, muka mini Sarah”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com B6be9986da4690c7ee1773130ef3e9e8

Sejak tular kisah rumahtangga Puteri Sarah, anak- anak Puteri Sarah juga turut mendapat perhatian daripada para netizen. Ramai netizen yang berkata wajah Syaikul Islam persis wajah Syamsul manakala wajah anak kedua mereka Sumayyah pula seiras Puteri Sarah.

Hasil perkongsian hidup berdua Puteri Sarah dan bekas suaminya Syamsul Yusuf telah di kurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Sumayyah.

Walaupun pasangan berkenaan telah sepakat untuk membawa haluan masing- masing, namun Puteri Sarah dan Syamsul masih mengekalkan hubungan baik mereka demi kebaikan anak- anak.

Mediapuyu.com A3276ab9c4be349ae73e54316f67ff54

Hubungan Puteri Sarah bersama ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah juga masih baik. Malah kemunculan Datuk Yusuf Haslam ketika menjadi cameo menerusi program Sepahtu Reunion Live minggu lalu bersama Puteri Sarah turut mengundang sebak netizen melihat hubungan baik bekas menantu dan bapa mertua tersebut.

Netizen juga berkata Puteri Sarah amat bertuah di kurniakan mertua yang sangat menyayangi, baik hati dan melayani beliau seperti anak sendiri.

Mediapuyu.com F8bc70c25067bfbbf73307670d569997

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Puteri Sarah, pelakon berkenaan berkongsikan satu video terbaru yang memaparkan anak perempuannya Sumayyah sedang memakai telekung.

Di perkongsian video berkenaan, Puteri Sarah bertanyakan kepada anak perempuannya apa yang anaknya itu sedang lakukan.

Sumayyah kemudian menjawab dia baru sahaja selesai solat. Puteri Sarah kemudiannya bertanyakan kepada Sumayyah, kenapa anaknya itu solat. Sumayyah secara spontan menjawab untuk menjadi anak ‘solaha’

Di bahagian kapsyen, Puteri Sarah memanggil anaknya itu sebagai ‘my afghani baby’ dan mendoakan Sumayyah agar menjadi seorang anak yang solehah.

Mediapuyu.com Af5177701e0169e1a8e8ec72d1eddeda

Menjengah ke ruangan komen pula, netizen memuji warna mata Sumayyah yang sangat cantik seperti memakai kanta lekap yang berwarna.

Netizen juga memuji wajah comel Sumayyah seperti mana wajah ibunya Puteri Sarah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran video yang di kongsikan oleh Sarah.

Mediapuyu.com 7341ad3130f3ddc912c6552d3e3b0161

Perkongsian mengenai gelagat Sumayyah berkenaan menarik perhatian netizen sehingga menerima puluhan ribu tanda suka dan lebih enam ratus komen di hantaran video yang di muatnaik oleh Puteri Sarah itu.  Netizen juga berkata mereka suka melihat mata Sumayyah yang begitu cantik.

Sumber: ig puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!