Connect with us

Entertainment

“Jutawan yg humble, tak bagitahu pun harga barang mewah bila ditanya, goodboy Asyraf” – Netizen

Published

on

Muhammad Asyraf Khalid adalah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd iaitu syarikat yang mengeluarkan Mutyara, Jiwaku Kids, dan Kilafit.

Beliau juga dikenali sebagai Bekas Pengarah & CEO di syarikat Simplysiti. Beliau merupakan anak kepada usahawan terkenal Malaysia, Dato’ Sri Khalid Mohammad Jiwa dan Yang Mulia Tengku Zawiyah binti Tengku Izham.

Asyraf juga mula dikenali sejak bapa beliau Dato’ Sri Khalid Mohammad Jiwa berkahwin dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006.

Asyraf mendirikan rumahtangga pada 1 November 2015 bersama pelakon Indonesia Tya Ariffin pada usia yang muda iaitu 23 tahun. Hasil perkongsian hidup berdua, Asyraf dan Tya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.

Asyraf sebelum ini pernah mendedahkan bahawa bapanya Datuk K pernah melarang dirinya berkahwin pada usia yang muda.

Kata Asyraf lagi, alasan bapanya pada waktu itu kerana melihat situasi kewangannya yang tidak stabil selain bimbang Asyraf tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi ketua keluarga dengan baik.

Namun begitu, Asyraf nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya kerana percaya bahawa rezeki kurniakaan Allah SWT itu luas.

Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.

Menerusi satu perkongsian di tiktok seorang pempeng4ruh media sosial dari Singapura telah menemubual usahawan yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara berkenaan.

@koocester

The long awaited and the FIRST house tour I did for Malaysia! Had breakfast here with @qiwiie here and we learnt quite a lot and as you can see I am impressed by the watches 🤩

♬ original sound – Koocester – KOOCESTER

Menurut pempeng4ruh media sosial berkenaan, rumah Asyraf merupakan rumah pertama yang dia lawati di Malaysia. Pempeng4ruh media sosial berkenaan juga berkata dia sempat menikm4ti sarapan pagi dan berkongsi ilmu perniagaan bersama Asyraf. Dia juga kagum dengan koleksi jam tangan mewah milik Asyraf.

Mengintai ke ruangan komen, netizen berkata perkongsian video oleh pempeng4ruh media sosial itu membuatkan mereka berpeluang untuk melihat ruang di dalam rumah pasangan usahawan itu.

Netizen juga kagum melihat pelbagai bilik di rumah kediaman Asyraf dan Tya Ariffin. Video yang berdurasi selama lapan minit itu juga turut menonjolkan keperibadian Asyraf yang merendah diri kerana merahsiakan harga barangan miliknya apabila di tanya oleh pempeng4ruh media sosial tersebut.

Menurut netizen lagi, Asyraf merupakan salah seorang anak Datuk K yang sangat merendah diri. Perkongsian dan penjelasan Asyraf mengenai perjalanan perniagaan beliau dan juga hala tuju hidupnya juga cukup terperinci dan sangat memberikan inspirasi kepada netizen.

Nasihat dan perkongsian daripada Asyraf di dalam video itu juga memberikan motivasi kepada netizen untuk berusaha dan mencapai kejayaan sepertinya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap video berkenaan.

Sementara itu, menurut pengusaha jamu Mutyara Beauty itu, dia sentiasa dilontarkan dengan tanggapan negatif sesetengah pihak kononnya hanya bernasib baik kerana peng4ruh bapanya.

Tidak cukup dengan itu, perniagaan maju bapa kepada dua cahaya mata itu turut dikatakan menumpang populariti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan ibu tirinya.

Sumber: tiktok koocester

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending