Connect with us

Entertainment

“Kak Angeline tu pakai lebih sopan dari Mas Idayu” – Netizen

Published

on

Sekarang sudah zaman ilmu hanya boleh didapati dari hujung jaari. Dek itu banyak pengetahuan terutama bab agama mudah diperoleh. Yang bagusnya kesedaran terutama dalam kalangan wanita untuk menjaga diri melalui pemakaian juga kian meningkat. Bahkan ada ramai prihatin memberikan sokongan terhadap ciri berpakaian wanita yang sepatutnya mengikut landasan budaya dan agama.

Jika ada yang tak kena di mata, cepat saja dibetulkan kembali oleh netizen. Apatah lagi ‘subjek’ itu insan dikenali. Macam perkongsian hantaran di medsos ini. Ramai betul netizen prihatin menegur artis nan seorang ini.

Mana taknya, busana dan gaya penyanyi, Mas Idayu yang berturban dan bergaun dengan warna hampir serupa dengan kulit yang agak mengikut lekuk tubuhnya menarik perhatian netizen.

Video dikongsikan menunjukkan Mas Idayu yang mesra dipanggil Mummy berjalan berhampiran pentas program realiti televisyen Famili Duo dengan kapsyen menanyakan siapa lebih garang?

Membandingkan sama ada dia atau seorang lagi selebriti sering menjadi juri pentas realiti iaitu penyanyi dan komposer, Ajai lebih garang, tak kurang yang ditanya lain pula dikomen netizen.

“Ketatnya baju .. kita yg perempuan malu tengok”, “Kak angeline tu pakai lebih sopan dari mas idayu”, “Pakai tudung baju ketat xfhm laa kiterr kenapa emmm”, “Kita yang tengok, kita yang rasa malu weyh”.

“Yg judge tu sabar nk. . Org nk berhijrah mmg amik masa. . Aq juga pendosa yg sedang cuba ke arah yg baik. . Kita doakan yg baik2 aja”, “Sendat pakaian mommy pun. Bole bernafas ke? Saja tanya”.

Itu antara komen netizen. Agak menarik perhatian apabila dalam pada itu ada pula membandingkan diri penyanyi itu dengan selebriti baharu memeluk agam4 1slam, iaitu aktres senior, Angeline Tan.

Yalah… ramai berasa sejuk mata memandang apabila Angeline yang baharu mendirikan rumah tangga dengan pelakon berpengalaman, Sabri Yunus beberapa hari lalu pandai pula sopan bertutup litup.

Apa pun ramai juga berharapkan kita doakan saja yang baik-baik buat golongan yang dikatakan belum menutup avrat dengan sempurna. Bukannya kita semua sempurna. Moga mereka dan kita sama-sama berubah.

Sumber: IG TV3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending