Connect with us

Entertainment

“Kakak jauh comey lagi pado AI ni” – Ameera Khan

Published

on

Menjadi seorang yang gemar berfesyen tidak mudah buat selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa memandangkan beliau kini sudahpun tampil dengan imej berniqap. Baru- baru ini penampilan beliau di sebuah acara menjadi sorotan dan menerima teguran oleh netizen kerana berlebihan dalam berpakaian dan tidak menunjukkan imej seorang wanita berniqap. Menurut pendapat netizen, baju yang di sarung oleh Neelofa di rasakan tidak sesuai dengan imej berniqab.

Bagaimanapun, Neelofa mendedahkan penampilan dan gaya pemakaian beliau sebenarnya sentiasa mendapat keizinan daripada suaminya sebelum beliau berani keluar rumah.

Neelofa turut memberitahu beliau akan segera menukar pakaian sekiranya suaminya menegur pakaian berkenaan tidak sesuai untuknya.

Bagi dirinya selagi tidak menampakkan susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudungnya pula sentiasa di labuhkan, dalam erti kata lain menutup aurat dengan sempurna jadi semuanya sudah cukup.

Neelofa berkata diirnya tidak dapat mengawal segala kecaman netizen dan mengakui beliau masih perlu banyak belajar dan akan sentiasa menambah baik dirinya pada masa akan datang.

Menerusi satu perkongsian terbaru Neelofa di Instagram, beliau memuatnaik gambar terbaru berbentuk AI dirinya untuk mempromosikan tudung terbaru keluar Naelofar Stamplicity Collection.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi daripada Netizen pula yang di terima oleh usahawan berkenaan apabila berkongsi foto AI dirinya itu kerana memaparkan foto AI tanpa purdah.

Antara komen- komen yang kerap di perkatakan oleh Netizen adalah mengenai foto berkenaan yang di kongsikan oleh Neelofa tanpa purdah.

Terdapat segelintir Netizen yang mempersoalkan mengenai tindakan Neelofa tersebut yang berkongsi foto AI dirinya tanpa purdah memandangkan beliau kini sudah mengambil kepuutusan mengenakan purdah.

Sementara itu, terdapat juga segelintir para peminat Neelofa yang sangat merindui wajah Neelofa sebelum usahawan popular berkenaan mengambil kepuutusan memakai purdah.

Sekurang- kurangnya foto AI tanpa purdah yang di kongsikan oleh Neelofa itu mengubati kerinduan para peminat terhadap wajah jelita Neelofa. Namun begitu para peminat berkata kejelitaan wajah sebenar Neelofa tidak dapat di tandingi oleh foto AI yang di kongsikan Neelofa tersebut.

Malahan adik Neelofa sendiri iaitu Ameera Khan juga turut menulis komen di foto AI tersebut memuji wajah sebenar kakaknya yang jauh lebih cantik daripada foto AI berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian Neelofa itu.

Sesekali Neelofa berkongsi wajahnya nampak purdah menerusi foto AI rasanya tidak salah. Tambahan pula pemakaian purdah tidak wajib. Sekurangnya dapat mengubati kerinduan para peminat terhadap beliau.

Sebagai rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021 dan di kurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending