Entertainment
“Kalau mohon kali ni tak dapat jugak awak berhentilah” – Ajak Shiro
Setiap daripada kita yang mencari rezeki tak kira sama ada kerja sendiri atau ‘makan gaji’ pasti ada cabarannya yang tersendiri. Sama ada berjaya dihadap atau terima apa saja ‘impaknya’. Kata orang tiap pengorbanan pasti ada balasannya. Begitupun ada yang masih dalam dilema seperti dikongsikan penyampai radio yang juga pelawak, Ajak Shiro ini.
Ramai juga tumpang sedih dengan luahan Ajak yang berkongsi video isterinya berada di katil h0spital kerana menghadapi s4kit tul4ng belakang dan perlu menjalani pengimejan diagnostik (MRI).
Ajak dalam hantaran statusnya memberitahu yang doktor menasihati isterinya itu agar tidak memandu dalam keadaan lama. Sebagai guru, rupa-rupanya, Nur Afifah Amin perlu ke tempat kerja sejauh 152km.
Padanlah dengan keadaan sejauh itu dari rumah ke sekolahnya mengajar setiap hari pergi dan balik, boleh ‘bengkok’ juga dibuatnya. Katanya isterinya itu sudah mohon pindah dan lima kali permohonan dah ditolak.
Jika payah sangat kata Ajak dia menyarankan Nur Afifah berhenti kerja saja. Namun sudah pasti naluri gurunya kuat, kata Ajak lagi isterinya itu tak sanggup apatah lagi mengenangkan anak-anak muridnya.
Begitupun kata Ajak permohonan pertukaran akan diusahakan lagi dan jika nasib masih tak menyebelahi dia akan menyarankan isterinya itu berhenti kerja dan percaya ada rezeki lain dariNya.
Yalah… suami mana sanggup melihat isterinya mend3rita. Kata Ajak lagi, jika s4kit lepas ni dia menyuruh Nur Afifah ambil sijil cuti s4kit saja atau jika tak larat bawa kereta berehat saja di tepi jalan.
Katanya biar saja diambil tindakan, yang penting jaga kes1hatan. Coret Ajak lagi, dia percaya ramai sahaja guru-guru lain berdepan cabaran seperti isterinya. Suami mana tak sayang isteri kan…
Terdahulu ajak juga memohon mendoakan kes1hatan isterinya itu dan berharap mereka lain menghadapi dugaan sama juga dipermudahkan. Apa pun moga Nur Afifah dan Ajak bertabah ya…
Mana tahu ada keajaiban.. Selama 11 tahun mendirikan rumah tangga, Ajak dan Nur Afifah dikurniakan dengan tiga cahaya mata. Semoga pasangan ini dan kita semua tabah menempuh dugaan mendatang.
Sumber: IG Ajak Shiro
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen