Entertainment
“Kalau rasa perluukan mama, balik lah”- Abby Abadi
Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Walau apa pun yang di lakukan oleh anak, seorang ibu pasti akan memaafkan dan menerima anaknya kembali dalam keadaan apa sekalipun.
Sebak mendengar luahan daripada pelakon Abby Abadi yang mengakui sudah lama tidak bertemu anaknya Marissa Dania Hakim setelah k0ntr0versi mengenai perkahwinan anaknya itu tular di media sosial.
Kontroversi tercetus apabila anak kedua Abby itu telah mengambil kepvtusan untuk bernikah dengan seorang lelaki yang di kenali sebagai Aslam secara senyap- senyap di Songkla Thailand. Lelaki yang di kenali sebagai Aslam itu telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Lebih memeranjatkan para netizen apabila Abby dan Norman juga tidak tahu mengenai pernikahan berkenaan dan Marissa Dania juga di lihat tidak lagi mengikuti akaun media sosial kedua ibu dan bapanya.
Jawapan pelakon Abby Abadi dalam satu perkongsian video yang di rakam sewaktu menjayakan iklan promosi bersama usahawan popular Dato Aliff Syukri baru- baru ini telah tular mengatakan bahawa dirinya tidak nampak kemampuan menantunya Aslam untuk mengamalkan poligami.
Terbaru, menerusi satu hantaran di platform tiktok, satu video yang memaparkan Abby Abadi sedang di temubual oleh pelakon Datin Rebecca Nur Islam untuk rakaman di laman GVV Studio telah tular.
Menurut Abby, anaknya itu kini sudah menghilangkan diri serta menjauhkan diri daripada keluarga mereka namun begitu Abby percaya bahawa Marissa berada di tempat yang selamat bersama orang yang di kenali.
@yaya065757 Hati seorang ibu. #abbyabadi #marissadania #marissaaslam #umisyamazlan
Abby berpendapat berkemungkinan anak perempuannya itu menjauhkan diri kerana merasakan bahawa sudah mampu untuk berdikari sendiri tanpa sokongan ahli keluarga yang lain.
Abby turut mendedahkan dia dan ahli keluarga yang lain hanya sempat bertemu dengan Marissa pada majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh seorang kenalan baru- baru ini sekali sahaja.
Sebagai ibu, Abby turut berkata dirinya tidak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku terhadap anak perempuannya itu. Namun sebagai seorang ibu, Abby hanya mampu mendoakan dan mengharapkan yang terbaik buat anaknya itu.
Abby juga berharap agar Marissa mampu menjaga diri sendiri dengan baik di luar sana. Namun begitu luahan terakhir Abby yang berkata sekiranya anak perempuannya itu masih perlvkan dirinya, Abby meminta supaya Marissa untuk pulang ke rumah membuatkan Datin Rebecca sebak dan terus memeluk Abby.
Kata- kata Abby itu cukup meruntun hati dan membuatkan para netizen juga merasa cukup sebak dengan apa yang sudah berlaku kepada pelakon berkenaan. Meninjau ruangan komen pula, netizen bersimpati dengan dugaan yang menimpa Abby Abadi itu.
Netizen mendoakan supaya Abby terus kuat dan cekal dalam menempuhi dugaan yang sedang melanda keluarganya ekoran tindakan yang di ambil oleh anak perempuannya itu. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Netizen berkata mereka juga dapat merasai kekecewaan hati seorang ibu terhadap anak perempuannya apabila perkara sedemikian terpaksa di lalui oleh Abby Abadi apabila melihat video Abby menitiskan air mata.
Rata- rata netizen meluahkan rasa simpati mereka terhadap ujian yang kini menimpa Abby Abadi sekeluarga ekoran tindakan Marissa Dania yang seolah membelakangi keluarga untuk bernikah.
Sumber: tiktok yaya065757
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen