Connect with us

Entertainment

“Kecewa sangat dgn Bunda Hetty, sgt tidak profesional, sabar ya Datin” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com E9b74c3d02dab703d3d0258421f0639a

Konsert akhir All Star Gegarvaganza sudahpun melabuhkan tirainya pada malam tadi menyaksikan kemenangan berpihak kepada Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000.00.

Namun begitu, antara corat- coret yang berlaku dan di rakamkan sekitar konsert akhir malam tadi berlangsung, terdapat beberapa insiden yang telah menjadi sorotan netizen dan para peminat.

Kemenangan Jaclyn Victor sebagai juara pertandingan All Star Gegarvaganza antaranya di pertikaikan kerana netizen merasakan terdapat peserta lain yang lebih menonjol berbanding penyanyi berkenaan pada konsert akhir malam tadi.

Mediapuyu.com A72e7c004f9f6bfc94dbcf2d36b6056c

Namun begitu, mengikut markah yang di berikan oleh para juri dan di kongsikan oleh pegawai Astro, markah Jaclyn sebenarnya jauh mendahului beberapa peserta yang lain yang bertanding dan membuatkan penyanyi bersuara lantang tersebut sememangnya layak di nobatkan sebagai juara.

Malahan Jaclyn juga menerima pujian daripada salah seorang juri malam tadi iaitu Dato Syafinaz Selamat sewaktu menyanyikan lagu solo kerana berjaya mempersembahkan lagu berjudul ‘When You Believe’ itu dengan sangat baik.

Mediapuyu.com 4b6377d1d2d6b66717e135037e512239

Meskipun di pertikaikan oleh netizen, namun Jaclyn menjawab dengan baik bahawa kemenangan berkenaan merupakan rezeki beliau dan pemarkahan tersebut juga di adili oleh barisan juri professional.

Antara insiden lain yang berlaku adalah ketika salah seorang peserta iaitu Siti Nordiana menyampaikan lagu nyanyian asal isteri kepada Dato Ramli MS iaitu Datin Alyah yang berjudul Kisah Hati.

Mediapuyu.com 4ba5c8dfe7748791e7d30495c2b9e9a1

Ketika giliran Bunda Hetty memberikan komen buat Siti Nordiana, penyanyi yang berasal daripada Indonesia itu memberikan pujian dengan membandingkan nyanyian Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa peminat sebagai Nana lebih sedap berbanding penyanyi asal iaitu Datin Alyah.

Meskipun momen Bunda Hetty memberikan pujian kepada Nana tersebut di lihat seperti menyakat Dato Ramli MS namun para peminat Datin Alyah sendiri kurang bersetuju dengan tindakan Bunda Hetty.

Menerusi satu video terbaru di Instagram Datin Alyah, para peminat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di atas komen Bunda Hetty tersebut buat Datin Alyah sewaktu konsert akhir All Star Gegarvaganza yang berlangsung malam tadi.

Para peminat Datin Alyah merasakan nyanyian penyanyi asal lagu Kisah Hati itu lebih sedap dan merdu berbanding Nana. Malahan suara Datin Alyah juga lebih menyerlah jika di bandingkan dengan suara Nana dalam menyanyikan lagu Kisah Hati.

Mediapuyu.com 7327d806b97aa4ed29bc05db827c590f

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan komen Bunda Hetty tersebut. Para pendapat netizen, walaupun Bunda Hetty mahu memuji nyanyian Nana namun tidak perlu untuk merendahkan nyanyian penyanyi asal lagu Kisah Hati tersebut.

Netizen juga berkata, tidak sepatutnya Bunda Hetty membandingkan nyanyian kedua- dua penyanyi tersebut memandangkan Nana dan Datin Alyah mempunyai kelebihan masing- masing dan membawakan lagu tersebut dengan cara mereka sendiri. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Mediapuyu.com 7906293e709d7598217adaacdae382bc

Mvngkin komen yang di berikan oleh Bunda Hetty malam tadi hanya berniat untuk menyakat Tok Ram memandangkan Datin Alyah duduk di belakang beliau dan Tok Ram dan tidak mempunyai sebarang niat negaatif.

Semoga para peminat semua boleh bertenang dan lebih bersikap terbuka dengan komen para juri.

Sumber: ig alyah81.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!