Connect with us

Entertainment

“Kenapa aku tengok Marissa macam tak ada perasaan ya, sedih hati seorang ayah Ya Allah” – Netizen

Published

on

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Biarlah sebesar mana kesalahan anaknya di mata sendiri atau dari pandangan orang lain yang dibuat si anak tersebut, biasanya mereka akan membela dan memaafkan.

Macam ibu kepada seorang pelakon lelaki yang terlibat sk4ndal dengan beberapa wanita heboh diperkatakan baru-baru ini, ibu itu tetap membela anaknya walaupun dikcam netizen. Sama juga tindakan pelakon, Norman Hakim terhadap anaknya, Marissa Dania.

Selain ibunya, pelakon Abby Abadi dilihat sudah mula menerima dan berbaik dengan Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam, Norman juga sama.

Seperti dikongsikan dalam video ini, hinggakan teresak-esak menangis Norman dibuatnya tatkala menerima kehadiran anak perempuannya itu.

Walaupun ada melihatnya iklan produk makanan, namun reaksi Norman itu dikatakan menyentuh hati netizen. Barangkali membayangkan jika berada di tempat Norman.

Mana taknya, 27 Disember tahun lalu, Marissa dan Aslam dilaporkan bernikah di Thailand secara senyap tanpa pengetahuan Norman dan Abby.

Seperti video ini, sebagai bapa tentulah Norman akan terasa apatah lagi dia yang sepatutnya menjadi wali pernikahan anaknya itu. Itu yang dirasakan netizen.

Begitupun dalam melihat gelagat dan ‘lakonan’ dua beranak ini, reaksi air muka Marissa turut menarik perhatian. Dia didakwa macam ‘tiada perasaan’. Dalam hati siapa tahu kan…

“Sedihlah tgk abg Norman. Tak rasa bersalah ke Marissa tgk bapa dia mcm tu”, “Kenapa aku tgk Marissa mcm tak ada perasaan ya. Sedih hati seorang ayah ya Allah”.

“Marissa ni muda lagi, dia tak rasa bersalah”, “Marissa nya wat lek je.. nangis pun boleh wat gelak lagi”, “Tangisan Norman tu boleh rasa sampai ke tulang”.

Itu antara respons netizen di ruangan komen. Apa pun syukur kembali bertaut kasih anak yang juga madu Misya Mazlan dengan bapanya itu.

Sumber: IG Pakmatwesterncafe

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending