Entertainment
“Kenapa Ina Naim jadi macam tu? Takmo lah, tak sesuai ler” – Komen Netizen

Siapa sangka Ina Naim yang selalu sinonim dengan imej ayu dan pemalu, tiba-tiba jadi bahan kecoh netizen? Hanya dengan goyang badan, gerak tangan dan mimik muka ikut rentak nyanyian anak lelakinya, Ehmad Hadie Elfardie ini.
Gamaknya sudah pasti Ina berniat memberi sokongan dan semangat buat Ehmad Hadie antara peserta dalam pertandingan nyanyian dalam kalangan anak art1s, Talk To My Manager. Terus ruang komen penuh dengan kata-kata “eh, lain macam lah Ina ni”.
Terdahulu dalam video itu, anak bujangnya itu bermain gitar sambil menyanyikan lagu rancak Aspalela nyanyian asal Apek Senario.
Ina pula di sebelah hanya menggerakkan tangan dan sedikit gerak badan ikut rentak, siap dengan mimik muka teruja ikut beat lagu.
Vibe Ina masa ni jelas kelihatan santai dan kelakar, macam mak-mak sporting melayan anak yang perform.
Tapi mungkin dek kerana imejnya sebelum ni lemah lembut dan pemalu, reaksi spontannya itu nampak agak janggal di mata sesetengah netizen.
@inasuhaimi78
Ada yang terhibur, tapi tak kurang juga yang komen gaya tu “kurang sesuai” dengan dirinya.
“Kenapa Ina Naim jadi mcm tu? Allah.. xmo lah.. x ssuai ler,” tulis seorang pengguna yang nyata agak terkilan.
Seorang lagi berkongsi: “Ingatkan Ina pemalu, sekali lain betul tengok ni… tak sangka”.
Apa pun, video tu jelas berjaya menarik perhatian sebab lain benar daripada kebiasaan, sampaikan netizen triggered habis.
Ina Naim, atau nama penuh Nordiana Md Naim, pernah popular dengan imej ayu dan suara merdu. Beliau juga pernah bergelar isteri kepada arwah Suhaimi Saad sebelum mendirikan rumah tangga baharu bersama jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor pada 2024. Kini, Ina bahagia bersama keluarga serta anak-anaknya yang semakin membesar.
Sumber: TikTok inasuhaimi78
-
Entertainment1 year ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment3 months ago
“Arwah adik saya memang tak pernah jumpa Wani, Kami kenal Wani pun masa dia dah takde” – Kakak Mustaqim
-
Entertainment2 years ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment2 years ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen