Entertainment
“Kenapa Neelofa asyik nak gelak je bila suami dia cakap” – Netizen
Kadang kesian dengan orang perempuan ni. Masa belum dapat, disayangi bukan main. Bila perempuan itu sudah sah menjadi milik orang, kadang pengorbanannya dalam melahirkan zuriat dipersia-siakan pula oleh sang suami.
Lebih pedih apabila perubahan fizikal terpaksa dilalui selepas melalui tempoh itu dipandang sebelah mata. Namun ‘perangai’ sedemikian mungkin tidak pada suami usahawan dan selebriti sensasi, Neelofa ini.
Menghargai setiap detik bersama isteri tersayang, tambahan pula selepas Neelofa melahirkan cahaya mata, benar-benar menginsafkan PU Riz.
Kepada suami yang selalu komplen dengan perubahan fizikal isteri masing-masing…cubalah dengar perkongsian bermakna daripada PU Riz ini.
Barangkali hati tak terjentik hingga makin tak timbul rasa kasihan pada isteri tu, cubalah berada di mana isteri anda berjuang bertarung ny4wa.
Seperti kata PU Riz, cuba jangan lihat pada perubahan tubuh zahir isteri itu semata. Namun renungkan semula siapa ‘membuat’ isteri jadi begitu.
@dielahsaat94_
PU Riz juga mengingatkan sekiranya isteri sedang mahu melahirkan, para suami tolonglah sama melihat detik ‘bersejarah’ dengan berada sama dalam bilik bersalin.
Kongsinya, dia sendiri terasa betapa kes4kitan dilalui Neelofa sebagai ibu yang melahirkan hingga sampai rasa nak pitam melihat apa dialami.
Justeru pesan PU Riz, sepatutnya ‘berubahnya’ fizikal wanita selepas tempoh melahirkan adalah ‘peringatan’ untuk golongan bergelar suami.
Dalam pada itu, Neelofa di samping PU Riz dalam petikan video berkenaan turut melahirkan rasa kurang senang dengan sikap suami rakannya.
Kongsi Neelofa, suami rakannya itu mengatakan rasa tak puas hati apabila badan isterinya (rakan Neelofa) itu naik. Sedangkan badan lelaki itu juga sedemikian tapi ‘tak sedar diri’.
Terdahulu agak mencuit hati netizen apabila sepanjang PU Riz bercerita, Neelofa dilihat sentiasa ketawa mendengarnya.
“Kenapa Neelofa asyik nak gelak je bila suami dia cakap”, “Mudah trhibur kot dgn ckp husb dia”, “Sy pun jenis sikit2 gelak kalau suami ckp, sbb mudah terhibur kot”. Itu antara komen netizen.
Sumber: TikTok dielahsaat94
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen