Entertainment
“Ketat betul muka Tok Ram, kalau sy hati tisu mesti sy sentap, steady la Datin Alyah”- Netizen
Zuriat adalah rezeki Allah yang banyak di tunggu oleh pasangan yang telah berumahtangga. Berbahas soal zuriat, salah satu pasangan yang masih belum memiliki cahaya mata setelah lama berkahwin adalah penyanyi Datin Alyah dan juga suaminya Datuk Ramli MS.
Baru-baru ini penyanyi Datin Alyah memaklumkan bahawa dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini telah pun mencecah hampir 10 tahun.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa bila bercakap mengenai zuriat.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata, suaminya sentiasa bersikap positif dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
Datin Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia. Datuk Ramli MS lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Datin Alyah, satu video terkini yang memaparkan beliau memberikan kek kepada suaminya Datuk Ramli MS telahpun di kongsikan oleh Datin Alyah. Ketika itu Tok Ram berada di dalam sebuah bilik dan sedang sibuk melakukan kerjanya.
Video berkenaan di rakamkan sendiri oleh Datin Alyah sehingga mengundang rasa curiga Tok Ram dan sempat Tok Ram berseloroh kepada Datin Alyah bahawa isterinya itu tidak ikhlas memberikan kek tersebut kepadanya kerana merakamkan momen berkenaan.
Mendengar kata- kata Tok Ram, Datin Alyah kemudiannya menjelaskan bahawa video berkenaan di rakamkan untuk mempromosi kek hasil air tangan beliau. Di sebabkan itulah Datin Alyah ‘menggunakan’ Tok Ram sebagai model untuk mempromosikan kek beliau.
Menerusi kapsyen yang di tulis oleh Datin Alyah lagi, Datin Alyah berkata Datuk Ramli MS bakal sibuk memandangkan tidak lama lagi akan bermulanya program nyanyian yang sering di jurikan oleh beliau iaitu Gegarvaganza.
Di sebabkan itu juga, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan gelagat suaminya itu semasa suaminya itu berada di rumah. Di dalam video yang di paparkan juga, wajah Tok Ram agak ketat dan kelihatan seperti marah semasa berbual bersama Datin Alyah.
Reaksi wajah Tok Ram itu membuatkan netizen menyangkakan bahawa Tok Ram agak sukar untuk di bawa bergurau. Namun begitu, bagi mengelakkan salah sangka, Datin Alyah telahpun menjelaskan mengenai sikap suaminya itu di ruangan kapsyen.
Menurut Datin Alyah, beliau mengenali suaminya itu memang bersikap sebegitu sejak dahulu. Sementara itu pula, suara dan tangannya yang agak mengigil di dalam video itu pula sebenarnya kerana mahu menahan untuk ketawa dan bukanlah kerana takutkan suaminya.
Mengintai ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang berkata mereka memahami situasi Datin Alyah memandangkan suami mereka juga mempunyai sikap yang sama seperti Tok Ram.
Netizen juga berkata program Bapak- Bapak sebenarnya telah membuka mata mereka mengenai sikap sebenar Tok Ram yang gemar bergurau meskipun mempunyai wajah yang serius.
Namun begitu, tidak kurang juga yang berkata sekiranya mereka tidak tahu perangai sebenar Tok Ram berkemungkinan besar pasti akan terasa hati di sebabkan wajahnya yang ketat. Berikut di kongsikan komen netizen berkenaan.
Hantaran video oleh Datin Alyah itu ternyata membuatkan netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri berkenaan dan mendoakan agar hubungan mereka berdua berkekalan sampai bila bila. Netizen juga mendoakan kesihatan Tok Ram supaya sihat selalu.
Sumber: ig alyah81
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen