Entertainment
“Ko memang dari dulu muka masam, aku sorang je manis dan handsome dlm family”- Dato Aliff Syukri
Usahawan sensasi yang juga merangkap pelakon dan penyanyi iaitu Dato Alif Syukri mendedahkan bahawa beliau mempunyai impian untuk memiliki 12 orang cahaya mata. Impian berkenaan mungkin kerana beliau tidak mempunyai adik beradik yang ramai. Dato Aliff Syukri mempunyai seorang kakak yang juga merupakan seorang usahawan Sendayu Tinggi iaitu Yatie Kamaruzzaman.
Dato Aliff Syukri dan Yatie merupakan anak kepada usahawan Bonda Rozita Ibrahim yang juga merupakan pengasas kepada produk kosmetik Sendayu Tinggi. Dato Aliff Syukri mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya.
Walaupun Dato Aliff seorang yang suka berceloteh dan tular dengan beberapa isu sensasi namun netizen juga memuji Dato Aliff sebagai seorang suami yang setia terhadap isteri dan keluarga. Netizen melihat Dato Aliff sebagai seorang lelaki yang rajin mencari rezeki halal buat anak dan isteri.
Yang paling penting Dato Aliff juga sentiasa menunjukkan rasa hormat terhadap ibu bapa serta keluarga mertua. Netizen turut mendoakan hubungan rumah tangga Dato Aliff kekal bahagia Datin Shahida.
Netizen berkata selama ini mereka sebenarnya cukup kagum dengan Dato Aliff yang sangat setia bersama Datin Shahida.
Kasih sayang antara Dato Aliff dan Datin Shahida juga masih lagi berkekalan sehingga kini walaupun mereka berdua di limpahi dengan kekayaan.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Yatie Kamaruzaman yang merupakan kakak kepada usahawan Dato Aliff Syukri, satu hantaran di muatnaik oleh kakaknya itu yang memaparkan foto lama beliau bersama adiknya Dato Aliff Syukri ketika mereka berdua masih muda remaja.
Tulis Yatie di ruangan komen, ketika foto itu di ambil, usianya baru 18 tahun manakala Dato Alif pula baru berusia 15 tahun. Kata Yatie lagi, usia Dato Alif Syukri ketika itu adalah sebaya dengan usia anak perempuannya Uzmaleya.
Yatie turut berkongsi mengenai perilaku dan kehidupan yang beliau dan adiknya itu lalui sewaktu beliau membesar bersama adik lelakinya itu kerana Dato Aliff Syukri seorang yang cukup kuat menyakat dan suka mencari pasal serta agak ‘annoying’.
Gambar kenangan yang Yatie kongsikan di Instagram itu meraih perhatian daripada para netizen memandangkan wajah mereka berdua yang kelihatan sangat berbeza berbanding sekarang.
Netizen berkata wajah Yatie di warisi oleh anak perempuannya Uzma manakala wajah Dato Alif Syukri pula lebih seiras anak lelakinya Baem. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.
Suka tengok hubungan adik beradik antara Dato Aliff Syukri dan kakaknya Yatie ni. Satu lagi suka layan kalau Dato Aliff bersembang dengan ibunya Datin Rozita Ibrahim. Mesti macam- macam topik yang mereka berdua bualkan. Memang meriah jadinya.
Sumber: ig yatie_kmrzmn
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen