Connect with us

Entertainment

“Lagi lawa dari Bini dia pulak” – Komen Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 60a5b1b5f84b478933b8ebaa9e76e725

Lazimnya kita dihidangkan dengan melihat situasi insan yang terpaling hendak ‘mengubah’ diri daripada ketetapan fizikal yang sudah ditentukan Ilahi, pasti tampak ‘tak siap’ apabila hendak ‘menterbalikkan’ ciptaan tuhan. Pendek kata, kalau jadi perempuan pun tak cantik, jadi lelaki pun tak hensem… Pun begitu, tidak semuanya sedemikian. Sesetengahnya yang mendapat sentuhan pakar, maka menjadilah penampilannya seperti dikehendaki. Seperti penampilan pelakon lelaki popular, Syafie Naswip dalam hantaran ini.

Pastinya sekiranya dia bukan seorang figura yang dikenali, sudah tentu sesiapapun tidak akan perasan yang dirinya seorang lelaki dek berpenampilan sebaliknya.

Mini Turbo Fan Paling Mantap

Mediapuyu.com C2743030c862dc24ef23e0015a7b4e92

Lihat saj4lah diri Syafie yang berperwatakan seperti wanita dengan berblaus jarang, berambut panjang ikal aras bahu dengan mekap rapi pada wajah…

Miming menyanyi atau meniru aksi tanpa suara pula ‘sebijik’ seorang wanita, siap’ dengan lirik mata dan jelingan manja. Lelaki tak kenal pun boleh jatvh cinta…

Mediapuyu.com 0aac1c8b224c89c71fc9b1d144235dee

Manjah kali… Apapun itulah pastinya yang membuktikan bakat lakonannya yang boleh memegang pelbagai peranan dan mengikut kehendak skrip serta pengarah.

Yang pasti ramai pula netizen teruja melihat dirinya sedemikian dan tak menyangka diri Syafie boleh sampai sebegitu sekali. Ya lah.. biasanya dia sinonim dengan watak kejantanannya…

Mediapuyu.com B8137bde2b423582becf988812e263e8

“Sumpah aku ingat pompn gedik mana baju ijau tu.. rupanya jantey..”, “weyh hampir tak cam tadi”, “laaa kami ingat pompuan mana sebelah isteri u.. adoi”.

“Ingatkan baju hijau tu betul2 pompuan baa. Cantik Syafie”, “Macam muka Maya Karim”, “Mak aii dia lagi lentik dari pompuan eh”, “Apsal dia lagi cantik dari aku yang original ek”.

Mediapuyu.com 4ca10ba55d9617e9bd994e1b6d28a6ef

Memang tak dinafikan ‘kecantikan’ Syafie dengan gaya dan gelagatnya sedemikian. Sempat juga dia mendapat sokongan isteri tersayangnya, Nur Afiqah Ishak dalam hantaran ini.

Agak mencuit hati tatkala ramai netizen menegur yang tampak mereka macam ‘adik-beradik’ pula.. Jangan sampai Afiqah atau netizen wanita lain mencemburui kecantikan Syafie sudah ya..

Mediapuyu.com F30df64e4e1470c5b0b6f99276463e32

Sumber: IG Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!