Entertainment
“Laki dia sebenarnya xtau bini pegang watak apa”- Netizen
Pelakon dan penyanyi tinggi lampai iaitu Elizabeth Tan kini kian aktif dalam bidang lakonan apabila kerap muncul dalam filem berbentuk kepolisan. Jika sebelum ini Elizabeth Tan pernah memegang watak sebagai seorang ejek risikan dalam filem Abang Long Fadil 3, kini Elizabeth Tan turut menjadi salah seorang teraju utama dalam filem terbaru Sheriff.
Filem Sheriff yang di arahkan oleh Syafiq Yusof tersebut mula di tayangkan sejak 18 April dan membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan juga Elizabeth Tan.
Filem berkenaan juga terus menjadi pilihan penonton apabila mencatatkan kutipan sehingga RM16.3 Juta hanya dalam beberapa hari tayangan dan satu tayangan awal pada 18 April yang lalu.
Filem berkenaan juga turut melibatkan kerjasama antara syarikat milik Dato Yusof Haslam yang merupakan bapa kepada Syafiq Yusof sendiri iaitu Skop Production bersama Astro Shaw.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya bersyukur dengan sambutan positif itu tetapi merasakan masih terlalu awal untuk meletakkan harapan tinggi.
Menurut Dato Yusof Haslam lagi, pihaknya bersama para barisan pelakon yang membintangi filem Sheriff ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang untuk melihat reaksi penonton dan merasa amat teruja serta terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang.
Walaupun para peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan filem Sheriff, namun Dato Yusof Haslam berkata masih terlalu awal untuk mereka meletakkan harapan tinggi terhadap filem Sheriff. Bagaimanapun Dato Yusof Haslam tetap bersyukur dengan respon positif yang di terima mereka.
Menerusi satu perkongsian di platform Tiktok, seorang individu yang di percayai rakan kepada suami pelakon Elizabeth Tan merakamkan gelagat suami kepada salah seorang pelakon filem Sheriff itu sedang mempromosikan filem lakonan isteri kesayangan kepada rakan- rakan.
@missviraltv Semangat suami Elizabeth Tan promote filem isteri dia, Sheriff dekat tempat kerja hehe Comel betul 📷 kisahartismalaysia
Di bahagian kapsyen video tersebut pula tertulis bahawa suami penyanyi lagu ‘Knock’ Knock’ itu cukup bersemangat sewaktu berkongsi mengenai filem lakonan isterinya itu.
Suami Elizabeth Tan yang di kenali sebagai Siew Jim itu sangat peramah berbual bersama rakan- rakannya dan membalas pertanyaan rakan- rakan mengenai filem Sheriff tanpa mendedahkan jalan cerita filem tersebut kepada mereka.
Rakan- rakan kepada suami Elizabeth juga di lihat memberikan sokongan positif terhadap filem berkenaan setelah di promosikan oleh suami Elizabeth. mereka juga memuji usaha suami Elizabeth yang bersemangat untuk mempromosikan filem lakonan isterinya itu.
Selain memuji usaha suami Elizabeth tersebut, netizen juga memuji suami Elizabeth Tan itu yang sangat fasih berbual dalam Bahasa Melayu bersama rakan- rakan. Berikut di kongsikan pula komen- komen lain yang di tulis oleh para netizen di ruangan komen.
Baru dapat tengok cara suami Elizabeth Tan berbual dengan rakan- rakan dan suasana di tempat kerjanya. Bagus sangat suami Elizabeth Tan ni sebab tak segan silu mempromosikan filem lakonan isteri sendiri.
Sumber: tiktok Miss Viral Tv
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen