Connect with us

Entertainment

“Lebih ter0k bila orang lain ambil hak kita seperti haknya” – Nourul Depp

Published

on

Siapa saja tak sayang anak iaitu insan yang kita lahirkan setelah penat lelah mengandungkannya lebih sembilan bulan. Begitupun apabila telah meningkat dewasa, anak akan membawa haluan dan membina kehidupan sendiri.

Sekali-sekala tentulah sebagai ibu kita akan mengenangkan dan rindu momen bersama mereka apatah lagi jarang bertentang mata dan tinggal berjauhan.

Sudah tentu itu yang dirasakan penyanyi, Nourul Wahab atau Nourul Depp yang kini tinggal di perantauan iaitu di Bali, negara seberang sejak lebih setahun lalu. Bagi pengikut dan peminatnya, pasti maklum dirinya kini.

Anaknya yang sulung bersama bekas suami, penyanyi dan komposer, Ajai iaitu Ayu Nazirah sudah mengikat tali pertunangan dengan anak pelakon, Datin Maria Farida.

Hubungan dua beranak sememangnya baik. Tahu-tahu sejak pertengahan tahun ini, sesuatu dapat dihidu netizen apabila Nourul memberi bayangan di medsosnya seakan sesuatu terjadi antara dirinya dan Ayu.

Apatah lagi Nourul mencoretkan ada orang lain menggantikan tempat untuk anaknya memanggil seseorang itu sebagai ibu. Dek tak diulas lanjut, coretannya menjadi tanda tanya hingga timbul spekulasi.

Tak lama selepas itu, Nourul berharap kisahnya tak dispekulasi dan menyifatkan Ayu sebagai anak yang baik. Pun begitu, timbul tanda tanya dalam hantaran ini bila Nourul membalas salah satu komen berbunyi: “Lebih ter0k bila orang lain ambil hak kita seperti haknya”.

Terdahulu kapsyen yang dicoret Nourul berbunyi ‘Adakala datangnya rasa itu…’. Tak kurang netizen di ruangan komen yang menebak sebagai ibu sudah tentu Nourul teringat dan terbayangkan Ayu.

“Satu hari bila dia jadi ibu… dia akan faham”, “moga Allah selalu beri ganjaran buat akak.. doa jangan pernah pvtus eh kak moga dia kembali pada ibunya insyaAllah”, “She is a decent matured girl.

Insyaallah time will come she will be in your arms again. Aturan Allah sgt cantik”, “I feel you… InsyaALLAH… she will come back to you one day…”, “marah mak mcmne pun..ank tetap dihati..I feel U sis.”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang yang merasakan Nourul sudah lama tak bersua dengan Ayu hingga berasa demikian. Apa pun didoakan yang baik-baik buat dua beranak ini. Sudah tentu air dicincang takkan pvtus.

Sumber: IG Nourul Depp

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending