Connect with us

Entertainment

“Macam ni punya suara pun orang maarah, buuta seni betul netizen” – Netizen

Published

on

Kalau keyakinan diri itu boleh dibeli mesti ramai yang mahu mendapatkannya dengan membayar harganya saja kan… Beruntunglah mereka yang sememangnya sudah dikurniakan bakat semulajadi yakin diri sendiri ini. Macam tak asing lagi pada diri usahawan sensasi yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai penyanyi no 1 di negara ini.

Lihat saj4lah bagaimana yakinnya Datuk Seri Alif Syukri menyanyikan lagu rayanya. Boleh dengar ‘sebijik-sebijik’ suara dan bakat sebenarnya. Dari segi keyakinan diri memang ramai tunduk dan angkat topi..

Hinggakan bukan saja netizen, rakan art1s pun ramai yang memberikan respons dek ‘sumbangan’ suara untuk diperdengarkanya itu.

Terdahulu seperti sedang merakam suara mengikut arahan komposer, Alif kelihatan sedikit tertekan kerana mengulang lirik yang sama.

Begitupun beliau masih kelihatan bersemangat dan berusaha memberikan hasil suara yang terbaik untuk rakaman lagu tersebut.

“Macam ni punya suara pun orang marah. Buta seni betul netizen”, “Dato membaca ke?”, “Dgr Dato membaca pun saya bersemangat nak raya”.

“Kakiku ikut bergoyang untuk beberapa kali”, “Wuhuu padu Dato”, “Bkn sekadar tulang rusuk sy je bergetar, bulu mata sy, ginjal, lemak2 sy pun turut bergetar dgr sore Dato”.

Itu antara komen netizen. Rakan art1s seperti penyanyi, Baby Shima memberikan semangat dengan memaklumkan yang penting lagu sahur trending no 2.

Rakan art1s, Wak Doyok pula mengusik Alif dengan menyarankan lelaki itu menyanyi jam 5 pagi agar senang orang bangun sahur.

Sejak lebih dua tahun lalu Alif sudah mula merakam lagu raya. Walaupun dikrit1k hebat suaranya ke ‘laut dalam’, namun tak mematahkan semangatnya.

Nampaknya tahun ini netizen boleh melayan halwa telinga sempena hari raya dengan dendangan lagu raya beliau. Sama-sama nantikan…

Sumber: IG Datuk Seri Alif Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending