Connect with us

Entertainment

“Mak dia tua tua pun masih cantik” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 4f8755dc5cb7353e622be072cb6cc2a5

Spekulasi pelakon cantik ini yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki dari Brunei terjawab akhirnya. Ya… Rupanya memang benar mereka mempunyai hubungan dan ia telah disahkan sendiri oleh tuan punya badan.

Begitupun, hubungan terjalin antara Mawar Rashid dan Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu B4kar adalah sebagai bapa ‘barunya’.

Hal ini setelah ibu Mawar, Yang Mulia Datin Marineei Abdullah telah selamat diijab kabul dengan lelaki pilihannya seperti dalam perkongsian hantarannya ini.

Mediapuyu.com 16d29546603731c5502f00eee2e9bc3d

Mawar pun nampaknya gembira dengan dunia baru ibunya itu yang sekali lagi dikurniakan pasangan hidup apatah lagi dapat menumpang kasih bapa dengan Pengiran Alauddin.

Menariknya, wajah Datin Marineei yang masih anggun dan bergaya menggamit coretan netizen di ruangan komen hantaran ini.

Mediapuyu.com 79ad713e6c43dcfa6c0f1f252d19db31

“Mak dia pn tua2 masih cantik ya”, “Mak dia dulu ratu cantik”, “Wahh cantiknya mama, sebab tu ayah tak tunggu lama2”, “Cantiknya mummy. Tahniah Mawar n aunty “.

“Pernah jumpa mama Mawar masa bniaga kat desa pandan dulu. Mmg cantik betol”, “Wah sama cantik sama padan pengantin”, “Lah.. kita semua kena scam ingatkan Mawar yg kawin”.

Mediapuyu.com 3e4de687b9c56590655be47b65bbc616

Itu antara komen netizen ramai memuji rupa paras ibu Mawar. Padanlah anaknya cantik, penampilan ibunya juga tak kurang menawan. Manis wajah orangnya.

Terdahulu Mawar juga berkongsi yang Datin Marineei akan mengikut suaminya untuk tinggal di Brunei. Walaupun begitu dirinya tetap meraikan dan gembira menerima keluarga baharu.

Mediapuyu.com 7f1a7ced3a8bbe536ed97b6b6baee07a

Gamaknya lepas ni giliran Mawar pula ya. Ramai juga nampaknya gembira Mawar belum ‘dipetik’ orang walaupun tak kurang berasa terkena dek perkongsian ‘gimik’ wanita itu di medsosnya sebelum ini.

Apa pun didoakan moga jodoh ibunya berkekalan hingga ke jannah dan Mawar juga bertemu pasangan baharu selepas berpisah dengan bekas suaminya, Raf Yaakob baru-baru ini.

Mediapuyu.com 154ee1272e7331dae404034328561791

Sumber: IG Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!