Connect with us

Entertainment

“Mak2 betul tang getah kt mulut tu”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 30df405a1ed8eed1e0d6b54d05392427

Sudah agak lama rasanya tidak melihat Adira aktif menyanyi dan membuat persembahan nyanyian di mana- mana rancangan televisyen. Bagaimanapun penyanyi bersuara lantang ini tidak pernah sunyi di media sosial apabila sering tampil dengan pelbagai konten yang lucu sebagai hiburan buat para pengikut instagramnya.

Adira juga selesa menjadi dirinya sendiri tanpa berkira mengenai soal menjaga status dirinya sebagai penyanyi terkenal.

Sebagai mengubati kerinduan peminat terhadap nyanyian beliau, Adira membuat kepuutusan untuk menyertai rancangan nyanyian Famili Duo.

Mediapuyu.com Dd674ecec6be5f0d791a18ed63f4bd1c

Meskipun mempunyai pengalaman lebih satu dekad sebagai penyanyi, Adira tidak pernah mengangkat dirinya sebagai penyanyi bagus dan hebat. Bahkan Adira merasakan masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki justeru memutuskan untuk menyertai program Famili Duo.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi juga melihat penyertaan beliau di dalam program nyanyian Famili Duo sebagai platform yang dapat mengembalikan momentumnya yang sebelum ini sebagai penyanyi setelah hampir hilang.

Mediapuyu.com A3b19229aed958adfc14b162a57a3ea1

Ketika di soal mengenai jarang berkongsi video bersama suami di media sosial, Adira hanya menjawab ringkas bahawa dirinya lebih selesa begitu.

Adira juga memilih untuk tidak terlalu memperlihatkan hal tersebut dan selesa hanya berkongsi konten-konten menghiburkan dia media sosialnya.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram penyanyi Adira Suhaimi, penyanyi berkenaan berkongsikan satu video yang memaparkan beliau sedang mengikat rambut para krew wanita bagi sebuah produksi.

Hasil kreativiti tangan Adira ketika mengikat rambut para krew wanita terbabit di kagumi oleh para netizen. Netizen juga memuji hasil kerja tangan Adira tersebut yang sangat kemas dan juga kelihatan professional seperti seorang jurugaya rambut.

Di ruangan komen juga, netizen merasakan Adira seorang yang sangat merendah diri meskipun beliau merupakan seorang penyanyi popular yang di kenali ramai, namun Adira tidak kekok untuk menghulur tangan dengan membantu rakan- rakan produksi yang lain.

Mediapuyu.com C0c7f1e5006855d717f2f1aa76175ea4

Netizen juga berpendapat Adira merupakan seorang selebriti yang serba boleh dan ligat membuat kerja tanpa berpeeluk tubuh. Netizen turut meminta Adira untuk membuat tutorial mengenai cara beliau merapikan rambut para krew produksi.

Netizen berkata mereka cukup kagum dengan sikap rajin dan juga kretiviti yang di miliki oleh pelantun lagu Ombak Rindu berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian video Adira tersebut.

Mediapuyu.com 1d2d368cb3c8b5c9e23bfe65f2638d3f

Kemas dan rapi sangat cara ikatan tocang yang Adira buat. Nampak sangat dia memang dah biasa buat tocang rambut dalam melayani kerenah anak- anak di rumah. Bukan tocang biasa Adira buat tapi macam- macam jenis gaya tocang rambut Adira buat. Memang artis serba boleh.

sumber: ig adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!