Connect with us

Entertainment

“Makin kuros Hael, ada iras arwh Hani Mohsin”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com A96275ab17df69c6e3ae02eddad99df6

Penyanyi Hael Husaini di kenali sebagai seorang penyanyi di Malaysia. Nama beliau lebih di kenali sebagai seorang penyanyi berbakat besar dan pernah memenangi beberapa Anugerah Juara Lagu sebelum ini sebagai penyanyi dan composer lagu. Pelantun Lagu Jampi ini pastinya sudah mencapai tahap yang di inginkan olehnya sebagai penyanyi dan juga kompuser.

Mungkin sudah tiba masanya beliau beralih angin, kini, Hael tidak menoleh ke belakang lagi dan melebarkan lagi sayap beliau bidang seni apabila berani terjuun ke bidang lakonan pula.

Mediapuyu.com 5a0383b1bff8fdc2e2cd73a50f0c4189

Sebagai seorang penyanyi, pastinya menjadi pelakon merupakan satu pengalaman baru buat beliau. Tidak henti menerima usikan di set penggambaran drama barunya itu, satu rakaman beliau di usik oleh kakitangan Bambam Studio di kongsikan menerusi hantaran baru di Instagram Bambam Studio.

Hael Husaini menjadi pelakon apabila membuat kemunculan sulung menerusi drama My Famous Ex Boyfriend di mana beliau turut bergandingan dengan seorang pelakon wanita baharu iaitu Qasrina Karim.

Mediapuyu.com 346bf0312d69ca3e285deec542712180

Menerusi satu perkongsian di Instagram Bambam Studio, satu video terbaru di muatnaik memaparkan Hael Husaini memakai baju berkot berwarna merah di set penggambaran drama My Famous Ex Boyfriend.

Kerap di usik kakitangan Bambam Studio, tutur Hael dalam video berkenaan, kasihan dirinya kerana mereka di set penggambaran menganggap dirinya sebagai seorang diva sedangkan Hael tidak sebegitu.

Perkara tersebut juga turut di akui oleh pengarah drama berkenaan iaitu Hadith Omar yang juga turtu muncul di dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pula, netizen berkata wajah Hael saling tidak tumpah seperti wajah pelakon filem Embun iaitu arwh Hani Mohsin.

Mediapuyu.com 03b12f90d3b982ee4c8cf994dd0e14a3

Mungkin lebih seiras daripada bentuk muka dan senyuman, wajah Hael di dalam video berkenaan membuatkan netizen mengingatkan mereka terhadap pelakon hebat filem Embun itu.

Apatah lagi Kini Hael juga sudah menceburi bidang lakonan sepertimana arwh pelakon Hani Mohsin itu sendiri. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap video di hantaran terbaru Instagram Bambam Studio.

Mediapuyu.com F4f504109c87fa53a7a08a2700d860e2

Ini merupakan kemunculan sulung Hael sebagai pelakon. Semoga netizen dapat menerima bakat Hael Husaini dalam bidang lakonan pula setelah penyanyi itu puas menempa nama sebagai penyanyi sebelum ini.

Sumber: ig bambamstudio

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!