Connect with us

Entertainment

“Masa kecik tgk dia, masa besar tgk dia, masih maintain tak tua2”- Netizen

Published

on

Mediapuyu.com Bead8ba53afbad43ab36c7e5d9fbf1a9

Jika dahulu wajah model Nasha Aziz sering menjadi pilihan editor sebagai penghias muka hadapan majalah popular namun kini peredaran masa membuatkan majalah tidak lagi relevan membuatkan model tersebut kurang di lihat di media cetak.

Bagaimanapun Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz itu masih lagi aktif berlakon dan aktif sebagai model di pentas peragaan.

Menyingkap sisi peribadi Nasha, baru- baru ini Nasha mengesahkan beliau kini dalam fasa berkawan dan mengenai seorang yang enggan didedahkan identitinya.

Mediapuyu.com Be5ba0df6694f1a99d0052ef11b1c99f

Menurut Nasha lagi, dirinya mengenali lelaki berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu. Menurut Nasha lagi lelaki tersebut bukanlah dari kalangan industri hiburan namun mereka berdua serasi dan ingin mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Desas-desus model berusia 52 tahun itu dilamun cinta tersebar selepas dia dikatakan menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Mediapuyu.com 66465acc6393ede9355d0ec7dda4a2f8

Nasha menganggap hantaran bunga tersebut sebagai simbolik untuk dirinya mengingati dan tidak melupakan lelaki tersebut memandangkan dirinya seorang yang fokus dan bertanggungjawab terhadap kerja.

Menjawab tentang status terkini hubungannya dengan lelaki berkenaan pula, kata Nasha, buat masa ini mereka belum merancang untuk ke fasa seterusnya. Namun Nasha berkata dirinya mengharapkan pengakhiran yang baik- baik sahaja buat hubungan berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram seorang jurusolek yang bernama Tiar Zainal, jurusolek itu berkongsi satu video terbaru menyolek model dan pelakon terkenal Nasha Aziz.

Di dalam video yang di kongsikan itu Nasha Aziz memakai baju kurung berwarna putih dan berselendang. Solekan model tinggi lampai itu menyerlahkan lagi kejelitaan model dan pelakon filem Laila Isabella itu.

Mediapuyu.com 7d6177e40da878dda72406ed3b9c2122

Mengintai ke ruangan komen pula, netizen yang melihat wajah terbaru Nasha itu cukup mengagumi kejelitaan beliau yang masih lagi kekal jelita dan memiliki tubuh badan yang langsing meskipun usianya sudah menjangkau 52 tahun.

Netizen juga berkata wajah pelakon jelita tersebut juga seakan tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. Bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan pada usia tersebut namun Nasha masih lagi kelihatan muda dan tidak menampakkan penuaan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Mediapuyu.com 60000248d35b3eb985730d94ed32a441

Dah lama tak nampak Nasha berlakon. Rindu lakonan Nasha. Nasha Aziz daripada muda sampai la sekarang muka dan badan kekal tak berubah. Apa la rahsia Nasha ni agaknya. Sampai sekarang cantik jelita.

Sumber: ig tiarzainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!