Entertainment
“Masa Nabila ckp, nah BF you call tu nampak ikhlas sgt, nampak happy je ex ada pengganti” – Netizen
Melihat pelakon Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila masih lagi mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain, netizen sentiasa mendoakan supaya pasangan ini kembali berjodohan namun begitu, baru- baru ini Nabila telah mengeluarkan kenyataan supaya netizen hanya mendoakan anak mereka iaitu Jebat Jayden kerana beliau dan bekas suaminya Sharnaaz sudah mempunyai kehidupan masing- masing.
Netizen kembali mendoakan hubungan Sharnaaz dan Nabila ekoran rumahtangga Nabila dan Engku Emran yang telahpun rasmi berakhir baru- baru ini.
Namun begitu, umum juga mengetahui Sharnaaz kini sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Amelia Christie.
Hubungan yang semakin serius itu membuatkan netizen akhirnya memahami dan menghorm4ti kehidupan pelakon tersebut. Netizen juga mendoakan Sharnaaz supaya di permudahkan urusan dan hubungan beliau dan Amelia akan berakhir di jinjang pelamin.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Nabila, satu video telah di muatnaik oleh usahawan berkenaan memaparkan video promosi bagi produk kambing perap Pak Mat Western.
Menariknya, video promosi kali ini Nabila muncul bersama kkasih hati Sharnaaz iaitu Amelia Cristie.
Di dalam video berkenaan, Nabila menurunkan ‘ilmu’ kepada Amelia untuk menjaga dan mengenali barangan kegemaran anak kesayangan beliau iaitu Jebat Jayden. Gelagat Amelia yang begitu teliti mendengar nasihat Nabila sambil menyalin nota mencuit hati para netizen.
Malahan di dalam video berkenaan, turut mencuri perhatian sewaktu Sharnaaz menelefon Nabila dan Nabila secara spontan memberitahu kepada Amelia bahawa teman lelakinya yang menelefon membuatkan Amelia terkedu.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen juga memuji tindakan dan kata- kata spontan Nabila tersebut yang kelihatan sangat ikhlas dalam melayani Amelia.
Netizen juga melihat Nabila sangat gembira dengan kehadiran Amelia yang bakal menjadi ibu tiri kepada anaknya Jebat.
Dalam masa yang sama, netizen juga sangat terinspirasi dengan hubungan persahabatan yang di tunjukkan oleh Sharnaaz dan Nabila dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat satu- satunya anak lelaki mereka iaitu Jebat Jayden.
Netizen juga memuji usaha Sharnaaz dan Nabila dalam mengekalkan hubungan yang positif buat Jebat. Malahan netizen turut memuji Amelia yang bakal menjadi sebahagian keluarga mereka kerana saling berbaik dengan Nabila.
Netizen turut berpendapat, sekiranya semua pasangan suami isteri yang sudah berpisah namun boleh berbaik seperti Sharnaaz dan Nabila pastinya anak- anak tidak akan terasa kehilangan salah seorang antara mereka.
Netizen juga menyifatkan Sharnaaz dan Nabila merupakan pasangan yang tidak pentingkan diri sendiri dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana sudah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Nampak tekun betul Amelia salin nota nasihat tentang Jebat Jayden daripada Nabila. Nampaknya dah lulus lah Aunty Amelia jaga Jebat dalam masa 24 jam lepas ni kan.
Sharnaaz pun tingg4lkan komen kat video yang di kongsikan Nabila tu sebab nampak gembira dengan hasil perkongsian ilmu daripada Nabila.
Sumber: ig noornabila
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen