Entertainment
“Masalahnya dia panggil mak dia pun dato” – Netizen

Alahainya comelnya melihat keletah cahaya mata kedua biduanita negara ini. Baharu berusia 4 tahun, sudahlah bijak berkata-kata pndai pula bermain alat muzik. Bertuahnyalah anak nan seorang ini. Lihat saj4lah gelagat anak kepada penyanyi No 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa iaitu Muhammad Afwa ini.
Netizen yang melihat videonya ini pun naik ‘geram’ dibuatnya. Dengan kulit putih gebu, terserlah bakat Afwa. Mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Yang pasti bakatnya sudah terserlah sejak kecil.
Terdahulu Siti Nurhaliza atau mesra digelar Tokti meminta Afwa menyanyikan lagu hari lahir buatnya. Tanpa teragak-agak pantas saja si kecil itu bermula.
Bukan menyanyi saja-saja ya… Tapi siap diiringi muzik piano yang dimainkan sendiri oleh Afwa. Intronya saja pun sudah ‘sedap’ pada halwa telinga.
Dalam pada itu agak mencuit hati netizen apabila Afwa yang menyanyikan lagu hari jadi itu menyebut nama penuh ibunya siap gelarannya lagi…
“Budak ni kan… Lucu betul”, “Hahaha bagi nama penuh tu dato’ siap. Nsib dia xsebut binti sekali”, “hahaha penuh ya nama mak dia sebut”.
@sitizoner
“Mslahnya dia panggil mak dia pun dato”, “Afwa ni aktif je budaknya. Mesti cerdik ni”, “Dia cuba sebut nama penuh mak dia yer wpun mcm bunyi dgr Dato Seri Siti Lijaaaa pun jadilah Afwa…”.
Itu antara respons netizen pada ruangan komen. Kalau bukan kerana dia anak art1s tersohor pun pasti Afwa akan disenangi ramai dengan gelagat comelnya.
Kebetulan pula, Afwa dilahirkan pada bulan Ramadan 1442H, dinamakan Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
Rupanya ini bulan kelahiran Afwa ya… Moga jadi hebat seperti ibunya. Selain Afwa, seorang lagi anak Tokti ialah Siti Aafiyah juga ada ‘peminat’ sendiri.
Tokti tahun ini sudah mencecah usia 46 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid atau dikenali sebagai Datuk K. Beliau masih rancak di bidang seni suara.
Sumber: TT sitizoner
-
Entertainment12 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment1 year ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen